Saturday 31 October 2020

CARA CAMPUR TANGAN ASING HURU HARAKAN NEGARA


Musuh tidak mahu negara Islam terus aman dan maju. Maka, satu usaha agar tidak menghormati pemerintah dilakukan melalui dasar campurtangan secara tersembunyi.  

Tangan-tangan asing akan memberi peruntukan kewangan, khidmat nasihat dan beberapa pertolongan lain bagi menjayakan misi menjatuhkan negara Islam.

Mereka cuba membuat serangan pemikiran dengan meletakkan asas bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan Islam adalah menyalahi hak asasi manusia. Mereka menghila dan memberi tekanan kepada kerajaan Islam. 

Perkara ini berlaku di banyak negara lain sehingga mengakibatkan kejatuhan sesuatu kuasa pemerintahan. Negara berkenaan diambilalih oleh golongan yang mempunyai agenda tersendiri dan lebih memihak kepada kuasa asing.

Keadaan demikian menjadikan mereka menjadi boneka dan memerintah negara berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh kuasa asing.

Sesungguhnya, kita perlu mempertahankan kedaulatan Malaysia dan kedudukan Islam dengan bersungguh-sungguh. Apa yang dilakukan ada satu jihad yang dituntut oleh agama. Sesiapa mengkhianati pemimpin bermakna dia mengkhianati Islam. 

No comments:

Post a Comment