Sunday 4 April 2021

NAMA GLAMOR, BERI KESAN KEPADA KESELAMATAN NEGARA

 
Biasanya tentera kacang merah (RBA) yang tidak akan guna nama sebenar. Orang Cina menggunakan nama Melayu di media sosia. Orang Melayu pula guna nama Cina. Mereka hendak melaga-lagakan sesama kaum di Malaysia.

Satu lagi yang sering menggunakan nama glamor ialah artis yang terdiri pelakon dan penyanyi serta krew penerbitan.

Tidak kurang juga menggunakan nama glamor untuk lebih dikenali ialah gengstar.

Tidak sangka pula pemimpin juga tidak guna nama sebenar.  Guna nama glamor. Mahiaddin Md Yasin ditukar kepada Muhyiddin Mohd Yassin.

Memang parah jika pemimpin pun hendak guna nama glamor. Kalau tidak kerana kes mahkamah, rakyat terus tertipu dengan nama glamor tersebut.

Akibat guna nama glamor memberi kesan kepada hal berkaitan undang-undang. Sah atau tidak. Jika tidak sah bermakna ia terbatal.

Kerana Mahiaddin guna nama glamor, penjenayah dilepaskan. Itu tidak masuk dalam kes lain berkaitan pentadbiran negara.


No comments:

Post a Comment