Thursday 2 November 2023

SEBAB TIDAK SEPERTI KEBANYAKAN YANG LAIN

 
Setiap ciptaan Allah ada bentuk, keadaan atau sifat semula jadi yang boleh dikenali. Namun di sebalik itu, ada juga yang terbentuk atau dalam keadaan yang tidak seperti kebanyakan yang lain.
 
Keadaan itu dipanggil keadaan “luar biasa” atau “unik”. Ada juga mengaitkan dengan kecacatan.
 
Ada juga keadaan luar biasa itu sebenarnya bukanlah luar biasa. Sebaliknya, orang menganggapnya luar biasa di sebabkan tidak pernah melihatnya.
 
Atau, perkara itu berlaku kerana setiap orang mempunyai tanggapan berbeza terhadap sesuatu keadaan. Minda kita mentafsir mengikut apa yang kita fikir dan rasa. Setiap orang berbeza penilaiannya.
 
Jadi, jangan bimbang atau terkejut apabila ada sesuatu yang anda lihat pelik, tidak kenal atau lain daripada kebiasaan. Anggap sahaja itu adalah perkara biasa.

No comments:

Post a Comment