Wednesday, 15 January 2025

KELUARGA WANITA UMNO KOTA BHARU

 
Keluarga adalah kelompok manusia yang hidup dalam keadaan berkasih sayang, saling menghormati, saling bertanggungjawab, sehati, sejiwa dan setia. Memahami konsep keluarga itu, maka Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu menekankan nilai-nilai kekeluargaan di kalangan ahlinya.
 
Ketuanya, Wan Salmiah Ab Ghani berkata, nilai-nilai murni yang diamalkan dalam hubungan kekeluargaan akan diterapkan di kalangan ahli sebagai satu keluarga besar agar bersatu hati membina kekuatan dan kecemerlangan bersama.
 
“Sejati, sejiwa dan setia adalah teras utama yang membentuk rasa kasih sayang, saling menghormati dan saling bertanggungjawab dalam sebuah organisasi mampu membina kekuatan dan kecemerlangan kepada Wanita UMNO Kota Bharu”, katanya.
 
Beliau mengakui berdepan cabaran besar untuk melaksanakan impian tersebut, tetapi penuh yakin bahawa nilai-nilai baik yang diharapkan itu akan terbina dan menjadi satu budaya hubungan yang diamalkan bersama.
 
Justeru, beliau menjemput seluruh ahli Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu hadir pada majlis Perjumpa Mesra Keluarga Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu bersama Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Tan Sri Fatmi Che Salleh pada 17 Januari 2025, pukul 9 pagi, bertempat di Dewan UMNO bahagian tersebut.
 
Salmiah dilantik pemangku ketua berkuatkuasa 1 Jan 2025 ekoran penyandang jawatan, Khazuni binti Othman meletak jawatan.

No comments:

Post a Comment