Sunday, 9 February 2025

HOSPITAL KEPALA BATAS BAKAL DIPERBESARKAN

 
Hospital Kepala Batas merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Bertam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
.
Hospital Kepala Batas dirancang pembinaannya untuk memenuhi keperluan penduduk Seberang Perai Utara mendapat kemudahan kesihatan yang terbaik. Majlis pecah tanah telah dilakukan Tun Abdullah Badwi pada 11 Nov 2000, yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri.
 
Hospital yang bernilai RM100 juta itu telah siap pembinannya dan serahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 1 Dis 2002 dan mula beroperasi pada 1 Jan 2003 dan dirasmikan pada 26 Okt 2007 oleh Abdullah, yang ketika itu telah menjadi perdana menteri.
 
Selari dengan pertembahan penduduk di kawasan Seberang Perai Utara dan kawasan sekitarnya menyebabkan Hospital Kepada Batas tidak lagi dapat menampung pesakit dengan tahap terbaik.
 
Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menjadi individu yang bertanggungjawab secara berterusan berusaha untuk projek menaik taraf Hospital Kepala Batas.
 
Usaha menaik taraf atau memperbesarkan kompleks hospital tidak berdepan masalah besar memandangkan keluasan kawasan hospital  kira-kira 10 hektar cukup untuk menampung sebarang penambahan bangunan baru atau pembesaran bangunan sedia ada.
 
Permohonan bermula semenjak 2020 dengan pelbagai usaha, dan terbaru dibawa masuk dalam Sidang DUN 2024 serta permohonan bertulis kepada Ketua Setiausaha Negara.
 
Terbaharu membawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk melihat sendiri keadaan Hospital Kepala Batas yang semakin sesak dan ketidakcukupan katil kepada pesakit.
 
Kapasiti sekaran adalah pada ratio 1:1000 dan masa menunggu untuk kemasukan ke wad adalah 9.5 jam hingga 35 jam. Ini telah menyukarkan rakyat untuk mendapat rawatan di Hospital Kepala Batas.
 
Pada tahun 2024, seramai 351,000 orang menerima kemudahan kesihatan di hospital tersebut dan jumlahnya bertambah 1.5 peratus setiap setahun.
 
Perancangan tambah baik seperti dipersetujui Dr Dzulkefli untuk memasukkan dalam Senarai Keutamaan Rancangan Malaysia ke 13 (2026) untuk Rooling 1, dengan penambahan wad berkapasiti 300 katil baru.
 
Dr Dzulkefli juga meluluskan peruntukan segera sebanyak RM450,000 untuk naik taraf Bahagian Kecemasan dan pembelian CT Scan.
  

No comments:

Post a Comment