Pas memerintah Kelantan bermula selepas Pilihan
Raya Umum (PRU) Pertama pada tahun 1959. Selepas Tragedi 13 Mei 1969, Pas
menjadi salah satu komponen Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan pada tahun 1
Jun 1974.
Pada PRU ke-4 yang diadakan pada 24 Ogos 1974, Pas
bertanding sebagai pasti komponen BN. Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Pas
mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi.
Kedudukan Pas yang "kukuh" telah
menjadi punca krisis dalaman Pas. Krisis Kelantan 1977 bermula apabila
timbulnya tidak puas hati sebahagian pemimpin Pas Kelantan terhadap Menteri
Besar, Datuk Muhamed bin Nasir.
Ada pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh
Muhamed terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN yang menjadi parti gabungan kerajaan
Kelantan.
Terdapat usaha dalaman Pas untuk menjatuhkan
Presiden Pas, Tan Sri Datuk Dr. Mohd Asri bin Muda. Usaha menjatuhkan Mohd Asri
hanya kerana beliau adalah tokoh Pas yang bertanggungjawab membawa Pas
menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1973.
Pada 15 Oktober 1977, DUN Kelantan telah
meluluskan usul tidak percaya kepada Muhamed Nasir. Sebanyak 20 ADUN PAS
menyokong manakala 13 ADUN UMNO bertindak keluar dewan.
Muhamed Nasir bertindak keluar Dewan dan
kemudiannya telah mengadap Pemangku Sultan Kelantan di Istana Mahkota Kubang
Kerian. Beliau difahamkan telah menasihatkan supaya DUN Kelantan dibubarkan
bagi membolehkan satu pilihan raya negeri diadakan.
Pihak Pas juga difahamkan memohon mengadap bagi
meminta seorang Menteri Besar baru dilantik dari kalangan ADUN Pas.
Kerajaan Pusat menghormati keputusan yang dibuat
oleh Pas Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan
yang diberi oleh Pas Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal
rumah tangga Pas.
Dalam pada itu rusuhan telah tercetus di Kota
Bharu. Pihak Polis dengan bantuan Pasukan Pencegah Rusuhan terpaksa melepaskan
gas pemedih mata untuk menyuraikan rusuhan. Empat hari kemudian perintah
berkurung diisytiharkan.
Bagaimanapun perintah berkurung itu tidak dapat
meredakan keadaan. Kedua-dua pihak terus mengambil kesempatan untuk mengadakan
provokasi terhadap satu sama lain.
Pada malam 22 Oktober 1977, rumah bekas Timbalan
Menteri Besar telah diserang perusuh menyebabkan beliau terpaksa melepaskan
tembakan amaran.
Pada 8 November 1977, Perdana Menteri, Datuk
Hussein bin Onn telah membentangkan Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat
(Kelantan) 1977 di Dewan Rakyat.
Rang undang-undang tersebut telah dibahaskan
selama hampir tujuh jam oleh lebih 20 orang ahli Yang Berhormat. Akhirnya ia
dibawa untuk pengundian dan diluluskan dengan 118 menyokong manakala 18 ahli
menentang.
Mulai tarikh tersebut, Pentadbiran Kerajaan
Negeri Kelantan diletakan di bawah kuasa seorang pegawai persekutuan. Perdana
Menteri telah melantik Hashim bin Aman selaku pengarah MAGERAN.
Perdana Menteri juga meminta Muhamed untuk terus
menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. Muhamed telah menubuh parti baharu
dikenali BERJASA yang disertai penyokongnya dari Pas.
Pada 12 Febuari kerajaan Pusat menarik balik
perintah darurat dan PRN diadakan untuk memilih kerajaan baharu.
Pada 13 Februari 1978, Pemangku Sultan telah
berkenan membubarkan DUN Kelantan atas nasihat Menteri Besar. Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) kemudiannya menetapkan hari mengundi bagi pilihan raya
negeri Kelantan pada 11 Mac 1978.
Keputusan PRN Kelantan menyaksikan BN memenangi
23 kerusi, BERJASA (11) dan Pas 2 kerusi di dalam DUN yang mempunyai 36 kerusi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan,
Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan bahawa BN dan BERJASA akan bergabung untuk
menubuhkan kerajaan campuran sekiranya Pas gagal mendapat majoriti.
Pengerusi BN, Datuk Hussein Onn mengumumkan BN
akan menubuhkan kerajaan campuran dengan parti BERJASA. Tan Sri Mohamed Yaacob
atau lebih popular dengan panggilan ‘Ayah Mat’ dari UMNO telah dilantik sebagai
Menteri Besar Kelantan yang baharu.
Mohamed pula telah dilantik sebagai senator dan
menjadi menteri dalam Kerajaan Persekutuan.
Baca juga;


No comments:
Post a Comment