Tuesday 18 January 2022

SEJARAH KERETA KUASA ELEKTRIK

Kereta elektrik ialah kereta yang digerakkan oleh satu atau lebih motor elektrik dengan menggunakan tenaga yang disimpan dalam bateri. Bateri tersebut boleh diisi semula di stesen pengecas yang boleh dipasang di rumah atau tempat awam. 

Kenderaan elektrik lebih senyap dan cekap bagi menggerakkan kenderaan berbanding enjin pembakaran dalam.

Beberapa buah negara telah memberikan insentif untuk pemilik kereta elektrik seperti subsidi dan kredit cukai untuk mengalakkan pemilikan kereta elektrik.

Di Malaysia, kereta eletrik ini dikenakan cukai jalan RM10 setahun kerana tidak mempunyai enjin yang biasa. Tidak ada kapasiti 'cubic centimeter' atau 'liter' yang menjadi asas kiraan cukai jalan bagi kereta-kereta biasa.

Pencipta kenderaan elektrik pertama tidak dapat dikenal pasti kerana beberapa pencipta telah diberikan penghargaan. Pada 1828, Ányos Jedlik dari Hungary telah membina model kereta berskala kecil yang digerakkan oleh motor elektrik rekaannya.

Antara tahun 1832 hingga 1839 (tahun sebenar tidak dapat dipastikan), Robert Anderson dari Scotland membina gerabak berkuasa elektrik. 

Pada 1835, Professor Stratingh dari Bandar Duct, Groningen, Belanda telah melukis rekaan model kereta elektrik dan dibina oleh pembantunya Christopher Becker. 

Pada tahun 1835 juga, Thomas Davenport telah membina sebuah kereta elektrik kecil di Amerika Syarikat.

Pada 1842, Thomas Davenport dan Robert Davidson, seorang lelaki Scotland menigkatkan keupayaan kereta elektrik dengan menggunakan bateri yang mempunyai tempoh hayat yang lebih lama dan lebih berkuasa.

Walaupun dengan kemajuan ini, kereta elektrik kurang popular kerana bateri yang digunakan tidak boleh dicas semula dan tidak mempunyai jarak pemanduan yang jauh sebelum perlu ditukar.

Dengan penciptaan bateri boleh dicas semula pada tahun 1865 oleh seorang lelaki Perancis, Gaston Plante, dan dimajukan lagi oleh Camille Faure pada 1881, hal ini telah menyebabkan kereta elektrik menjadi lebih praktikal.

Kereta elektrik praktikal yang pertama telah dihasilkan pada 1880-an. Pada bulan November 1881, Gustave Trouvé mempamerkan kereta elektriknya di "Exposition internationale d'Électricité de Paris".

Pada 1884, lebih 20 tahun sejak penghasilan Ford Model T, Thomas Parker telah menghasilkan kereta elektrik pengeluaran besar-besaran di Wolverhampton menggunakan bateri berkapasiti tinggi yang direka khas olehnya.

"Flocken Elektrowagen" ciptaan Andreas Flocken pada 1888 dikenal pasti sebagai kereta elektrik pertama yang sebenar.

Pada 1897, kereta elektrik digunakan secara komersial sebagai teksi di Britain dan Amerika Syarikat. Di London, Teksi Elektrik Walter Bersey merupakan teksi bergerak sendiri yang pertama yang mana majoriti teksi pada masa itu ditarik oleh kuda. 

Di Bandar New York, 12 teksi hansom dan satu teksi brougham telah diubah suai untuk menggunakan elektrik yang berasaskan reka bentuk Electrobat II yang merupakan sebahagian projek yang dibiayai oleh Syarikat Bateri Simpanan Elektrik dari Philadelphia.

Pada abad ke-20, penghasil utama kenderaan elektrik di Amerika Syarikat ialah Anthony Elektrik, Baker, Columbia, Anderson, Edison, Riker, Milburn, Bailey Elektrik, Detroit Elektrik dan lain-lain.

Kereta elektrik lebih senyap berbanding kereta petrol dan tidak memerlukan penukaran gear.

Kereta elektrik merupakan jenis kereta yang popular antara 1890-an hingga 1920-an berbanding kereta petrol. Kemerosotan penggunaan kereta elektrik berlaku kerana kemajuan enjin pembakaran dalam dan penghasilan besar-besaran kereta petrol dan diesel yamg lebih murah.

Tempoh pengisisan semula yang lebih cepat juga menggalakkan pembelian kereta petrol. 

Bagaimanapun, penciptaan motor penghidup elektrik pada 1912 telah menyebabkan enjin pembakaran dalam menjadi popular kerana memudahkan proses menghidupkan enjin yang lebih sukar seperti memutarkan menggunakan tangan.

No comments:

Post a Comment