Sunday 18 December 2016

PRODUK BERASASKAN DURIAN

Durian banyak varieti. Untuk mudah dikenali dan rekod, Jabatan Pertanian mendaftarkan di bawah huruf 'D'. Semua varieti durian yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian bermula dengan D dan diikuti nombor.  

Nombor itu tidak menunjukkan bilangan atau jujukan didaftarkan. Antara varieti telah didaftarkan ialah D24, D123 dan D197.

Antara kebaikan atau khasiat durian ialah:
- Menjaga kesihatan kulit kerana mengandungi Vitamin C yang berfungsi sebagai anti oksidan dan anti penuaan.
- Mengandung unsur kuprum yang dapat menjaga kesihatan kelenjar tiroid.
- Mengatasi anemia kerana mengandungi folat atau Vitamin B9 yang diperlukan untuk memproduksi sel darah merah,
- Meredakan stres dan mengatasi kemurungan kerana kaya dengan Vitamin B6.
- Mengatasi sembelit disebabkan isi durian banyak mengandungi serat.
- Mengatasi migrain dibantu oleh kewujudan riboflavin atau Vitamin B2.
- Kaya dengan potasium atau kalsium sehingga baik untuk kekuatan tulang dan sendi.
- Menjaga nafsu makan kerana banyak mengandung thiamin atau Vitamin B1.

Namun tidak semua orang boleh makan durian kerana bau yang kuat dan boleh menyebabkan rasa panas badan. Ia banyak bergantung kepada amalan atau kebiasaan. Kalau tidak biasa, memang tidak suka makan durian.

Selain dimakan 'mentah', durian juga dimakan dengan pulut dan santan. Ia juga dicampurkan di dalam pengat atau bubur untuk mendapat rasa dan aromanya.  

Selain itu durian turut dijadikan perisa untuk aiskrim, dadih, kek, biskut, coklet dan sebagainya. Durian juga dijadikan lempok dan tempoyak.  

Kini isi durian juga dijadikan snek dalam bentuk seperti keropok. Selain itu durian turut dijadikan dalam bentuk sebuk, dingin beku dan pelbagai inovasi yang dilakukan MARDI, Jabatan Pertanian dan penyelidik dari pusat pengajian tinggi serta swasta. 

Malah, sekarang ini biji durian juga telah dimanfaatkan dijadikan tepung yang dicampurkan untuk penghasilan keropok lekor.

Penggunaan durian untuk pelbagai produk dapat membantu pekebun memasarkan durian terutama ketika musim puncak ia gugur.  

Sebelum ini durian yang tidak laku dijual biasanya dijadikan lempok dan tempoyak saja. 

Akibat lebihan pengeluaran hingga ada pekebun membiarkan saja durian rosak di kebun. Namun, sekarang ini keadaan tersebut jarang berlaku kerana kepelbagain kegunaan durian untuk menghasilkan pelbagai produk. 

No comments:

Post a Comment