Thursday 24 October 2019

BERGAMBAR SATU CARA MENDIDIK

Bergambar 'bersama' atau berlatarbelakang boleh 'mendidik' kanak-kanak. Gambar itu bukan sahaja sebagai kenangan, tetapi memberi satu perasaan berkaitan apa yang terakam dalam gambar itu.

Ambil mudah gambar ini. Kanak-kanak bergambar sambil memegang buah betik yang masih di pokoknya.

Perkara pertama yang dididik ialah kanak-kanak itu suka kepada buah dan pokok betik. Dia 'bangga' dapat memegang dan bergambar.

Unsur tersebut secara tidak langsung mendidiknya berkaitan pokok betik. Menimbulkan perasaan suka kepada pokok dan buah-buahan dan aktiviti berkaitan bercucuk tanam.

Kegiatan atau aktiviti berkebun wajar ditanam di dalam diri kanak-kanak. Pendedahan itu bukan untuk mendidik mereka menjadi petani, tetapi melahirkan satu perasaan suka kepada perkara yang berkaitan pertanian.

Aktiviti bercucuk tanam amat sesuai dijadikan hobi masa lapang. Ruang tanah atau kawasan yang ada dijadikan tempat menanam pelbagai jenis tanaman, terutamanya sayur-sayuran.

Hobi itu memberi kepuasan dan mendatangkan pulangan hasil yang boleh dimakan yang sekaligus menjimatkan perbelanjaan.

No comments:

Post a Comment