Tuesday 2 February 2021

Profesor Ir. Ts. Dr. Zainal Zakaria

Profesor Ir. Ts. Dr. Zainal Zakaria lahir pada 17 Nov 1967 di Ipoh Perak. Membesar di Kampung Bukit Bunga, Tanah Merah Kelantan.

Memulakan persekolah di Sekolah Kebangsaan Nik Daud, Jakar, Tanah Merah dari tahun 1974-1979.

Menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Ayer Lanas, Jeli (1980-1982) sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP) tahun 1983-84, Kompleks Sekolah-sekolah Kota Bharu kerana di sekolah asal tidak menawarkan aliran sains.

Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang kejuruteraan. Ijazah pertama beliau ialah Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (1990).

Beliau kemudian menyambung pengajian peringkat sarjana sehingga berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Kejuruteraan Petroleum pada tahun 1993. Selanjutnya pada tahun 2009 beliau memperoleh Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Gas.

Pernah bertugas dengan Petronas Carigali Sdn Bhd sebaik tamat pengajian peringkat ijazah selama setahun sebelum mengambil keputusan berkhidmat di UTM bermula tahun 1991.

Zainal bertugas di UTM selama 28 tahun. Antara jawatan pentadbiran disandang di UTM ialah sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Gas selama lima tahun.

Beliau bertukar angin ke Negeri Di Bawah Bayu, Sabah apabila berpindah menabur bakti di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula Oktober 2018 sebagai Timbalan Dekan.

Atas kecemerlangan yang ditunjukkan, bermula 1 Febuari 2021 beliau dilantik sebagai Pengarah Pusat Jaminan Kualiti UMS. 

Badan profesional yang disertai ialah Jurutera Profesional (Ir), Teknologist Profesional (Ts) dan Orang kompeten, Jurutera Gas (Jg).

Zainal turut diberi kepercayaan sebagai auditor di Engineering Accreditation Council, Engineering Technology Accreditation Council dan Malaysian Quality Assurance.

No comments:

Post a Comment