Thursday 17 June 2021

PEMINAT KELADI HIASAN TENTU TAHU MENILAINYA

Ada pepatah berbunyi; hanya Jauhari mengenal Manikam, yang bermaksud hanya orang yang bijaksana mengenai sesuatu yang mengetahui mengenainya.

Itulah pepatah yang paling sesuai untuk menilai tentang pokok keladi hiasan di dalam gambar ini.

Pokok keladi hiasan memang menjadi kegilaan banyak pengemarnya. Permintaan melebih penawaran. Sehingga menyebabkan harganya naik tinggi.

Namun, bagi individu meminati keladi hiasan, harga tidak menjadi halangan. Malah, ada yang sanggup berbelanjaan ribuan ringgit untuk sepokok keladi hiasan bernilai tinggi dan payah diperoleh.

Ada yang bersedia mendapatkan dengan harga mahal kerana bertujuan untuk membiakan baka tersebut dan kemudian boleh dijual dengan harga berlipat ganda.

Berniaga keladi hiasan mendapat keuntungan besar bagi individu yang bijak mengambil peluang.

No comments:

Post a Comment