Thursday 22 July 2021

Pharmaniaga berjaya sempurnakan kontrak lebih awal

Biarpun telah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob amat prihatin hal berkaitan dengan Kementerian Pertahanan dan kebajikan anggota tentera.

Pharmaniaga Berhad yang merupakan milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang sekali gus kejayaan dan keuntungan diraih olehnya memberi manfaat kepada seluruh warga ATM.

Sebab itu Ismail Sabri sentiasa memberi perhatian hal-hal yang berkaitan dengan LTAT demi untuk kebaikan seluruh warga ATM.

Baca catatan beliau di FB;

Hari ini saya telah menyerahkan 'last batch' vaksin jenis Sinovac dari Pharmaniaga Berhad kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyerahan ini melakar sejarah yang cukup penting kepada Pharmaniaga, syarikat tempatan kita.

Ini kerana Pharmaniaga telah berjaya menyempurnakan kontrak pembekalan vaksin lebih awal iaitu empat setengah bulan dari tempoh yang dijadualkan.

Pharmaniaga membekalkan vaksin Sinovac kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak 12.4 juta dos secara pengisian dan pembotolan (fill & finish).

Tahniah Pharmaniaga di atas kecekapan dan pengurusan operasi yang kompeten dan efisien dalam membantu kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19 negara ini.

FB: Ismail Sabri Yaakob

 

No comments:

Post a Comment