Monday 12 July 2021

Bank Makanan 1Kelantan

Hari ini masuk hari ke-7 1Kelantan Food Bank beroperasi. Saya ingin kembangkan lagi fungsi food bank ini kepada food bank mobile unit bermula esok 13hb Julai.

Ini bagi membantu warga emas, OKU ataupun mereka yang mengalami penyakit kronik yang hidup dalam keadaan serba kekurangan dan tiada kemudahan pengangkutan untuk sampai ke sekretariat Food Bank kami.

Di samping itu, saya juga mengalu-alukan mereka yang sudi menyertai pasukan sukarelawan penghantaran mobile unit kami bolehlah hubungi FB saya ini ataupun talian 0199308839 (En Chan) dan 0124272455 (Miss Ong).

Sesiapa yang memerlukan bantuan juga boleh hubungi kami dengan cara yang sama. Semua dialu-alukan menghubungi kami tanpa batasan kaum mahupun umur.

Inisiatif MCA Kelantan menubuhkan food bank ini adalah seikhlas hati untuk membantu mereka yang terkesan dengan Covid-19, sekurang-kurangnya dalam perimeter yang termampu sahaja.

Kami juga tidak sangka ia akan menjadi viral. Niat kami bukannya ingin membanding atau menyaingi mana-mana pihak mahupun parti kerana saya percaya setiap pihak mempunyai caranya sendiri untuk mencaknai rakyat.

Kami hanya mengambil tanggungjawab sebagai insan dalam komuniti perlu membantu sesama manusia, dan juga tugas sebagai ahli parti ialah memastikan parti terus kekal releven dalam masyarakat.

FB Chua Hock Kuan
Pengerusi MCA Kelantan. 

 

1 comment:

  1. I no comment,I'm now no salary and no job, so I need your supply,when will your food bank start again?where is the food bank location now?can you send massage for me?.tq.

    ReplyDelete