Wednesday, 26 January 2022

PUNCA PAS HILANG KUASA DI KELANTAN 1978

Krisis Kelantan 1977 bermula apabila timbulnya tidak puas hati sebahagian pemimpin Pas Kelantan terhadap Menteri Besar, Datuk Muhamed bin Nasir.

Ada pemimpin Pas Kelantan memfitnah dan menuduh Muhamed terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN yang menjadi parti gabungan kerajaan Kelantan.

Hakikatnya UMNO-BN tidak campur tangan dalam pemerintahan Pas. UMNO sekadar memiliki kerusi manoriti dalam kerajaan Kelantan.   

Terdapat usaha dalaman Pas untuk menjatuhkan Presiden Pas, Tan Sri Datuk Dr. Mohd Asri bin Muda. Usaha menjatuhkan Mohd Asri hanya kerana beliau adalah tokoh Pas yang bertanggungjawab membawa Pas menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1973.

Asas yang digunakan sebahagian pemimpin Pas Kelantan untuk menolak Mohd Asri dan Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, Pas mempunyai kuasa majoriti dengan 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara Pas dan UMNO.

Dalam tempoh (1973-1978) Mohd Asri dan Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. 

Spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan Pas-UMNO.

Pada 15 Oktober 1977, DUN Kelantan telah meluluskan usul tidak percaya kepada Muhamed Nasir. Sebanyak 20 ADUN PAS menyokong manakala 13 ADUN UMNO bertindak keluar dewan.

Muhamed Nasir sendiri bertindak keluar Dewan dan kemudiannya telah mengadap Pemangku Sultan Kelantan di Istana Mahkota Kubang Kerian. Beliau difahamkan telah menasihatkan supaya DUN Kelantan dibubarkan bagi membolehkan satu pilihan raya negeri diadakan.

Pihak Pas juga difahamkan memohon mengadap bagi meminta seorang Menteri Besar baru dilantik dari kalangan ADUN Pas.

Kerajaan Pusat menghormati keputusan yang dibuat oleh Pas Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dengan alasan yang diberi oleh Pas Kelantan itu dengan mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga Pas.

Dalam pada itu rusuhan telah tercetus di Kota Bharu. Pihak Polis dengan bantuan Pasukan Pencegah Rusuhan terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan rusuhan. Empat hari kemudian perintah berkurung diisytiharkan.

Bagaimanapun perintah berkurung itu tidak dapat meredakan keadaan. Kedua-dua pihak terus mengambil kesempatan untuk mengadakan provokasi terhadap satu sama lain.

Pada malam 22 Oktober 1977, rumah bekas Timbalan Menteri Besar telah diserang perusuh menyebabkan beliau terpaksa melepaskan tembakan amaran.

Pada 8 November 1977, Perdana Menteri, Datuk Hussein bin Onn telah membentangkan Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 di Dewan Rakyat.

Rang undang-undang tersebut telah dibahaskan selama hampir tujuh jam oleh lebih 20 orang ahli Yang Berhormat. Akhirnya ia dibawa untuk pengundian dan diluluskan dengan 118 menyokong manakala 18 ahli menentang.

Mulai tarikh tersebut, Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan diletakan di bawah kuasa seorang pegawai persekutuan. Perdana Menteri telah melantik Hashim bin Aman selaku pengarah MAGERAN.

Perdana Menteri juga meminta Muhamed untuk terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada 12 Febuari kerajaan Pusat menarik balik perintah darurat dan PRN diadakan untuk memilih kerajaan baharu.

Keputusan PRN 11 Mac 1978 menyaksikan BN memenangi 23 kerusi, BERJASA (11) dan Pas 2 kerusi di dalam DUN yang mempunyai 36 kerusi.

Baca juga;
 

No comments:

Post a Comment