Tuesday 1 February 2022

CTOS TIDAK MEMBUAT SENARAI HITAM INDIVIDU

Apa itu CTOS? CTOS adalah singkatan yang bermaksud Credit Tip Off Service, itu sebuah perkhidmatan yang memberi maklumat rahsia berkenaan kredit seseorang.

CTOS dikendalikan oleh syarikat swasta yang berdaftar dan bukanlah di bawah pentadbiran mana-mana badan kerajaan. CTOS Sdn Bhd ditubuhkan di bawah skop Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (Credit Reporting Agencies Act 2010).

CTOS mengumpul maklumat dan menyediakan laporan kredit seseorang individu untuk kegunaan institusi kewangan. Ia hanya melaporkan keadaan kredit individu berkenaan.

Ia tidak berhak dan tidak pernah menyenaraihitamkan atau blacklist mana-mana individu.

Melalui laporan CTOS itu, institusi kewangan boleh menganalisa dan mengira risiko yang akan dihadapi dalam meluluskan atau menolak permohonan pinjaman seseorang.

Daripada sumber awam yang diambil oleh pihak CTOS, institusi kewangan dan individu berkaitan boleh mendapatkan laporan CTOS yang mempunyai maklumat seperti sejarah kredit seseorang individu, kaedah dan cara perbelanjaan serta hutang berbaki yang ada, trending gaya pembayaran, kaitan dengan perihal undang-undang, pemilikan syarikat dan risiko yang ditanggung.

Laporan CTOS adalah refleks kepada keadaan kredit seseorang sama ada positif atau negatif.

Bagi menghasilkan laporan CTOS, CTOS Sdn Bhd mendapatkan data dan maklumat dari sumber awam seperti:
- Jabatan Pendaftaran Negara
- Jabatan Insolvensi Malaysia
- Bank Negara Malaysia
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar tempatan dan warta kerajaan.

Siapa yang memerlukan CTOS?
- Institusi kewangan dan perbankan untuk permohonan pinjaman, buka akaun dan memdapatkan portfolio individu
- Pemilik industri kecil (SME) untuk memantau rakan niaga dan industri
- Pengguna individu untuk melihat dan memantau laporan sendiri

No comments:

Post a Comment