Tuesday 12 July 2022

TANAH PERKUBURAN ISLAM PULAU KUNDOR, MUKIM BADANG

Setiap perkampungan orang Islam ada tanah perkuburan. Di Kampung Pulau Kundor, Mukim Badang, Kota Bharu ada tanah perkuburan yang dikenali Perkuburan Islam Pulau Kundor.

Tanah perkuburan berkeluasan kira-kira suku ekar itu adalah tanah wakaf. Ia dimanfaatkan oleh untuk mengembumikan janazah penduduk Pulau Kundor dan kawasan sekitar, atau mana-mana jenazah yang ingin dikembumikan di situ oleh wasis si mati.

Tapak yang masih kosong kini agak terhad kerana telah padat setelah ia digunakan sejak tahun 60an atau kira-kira 50 atau 60 tahun lalu. Usaha untuk mendapatkan tapak baharu sedang diusahakan agar ia dapat digunakan untuk mengembumikan jenazah pada masa akan datang. 

Kawasan Perkuburan Islam Pulau Kundor sentisa bersih dan terurus melalui kerja gotong-royong yang dilakukan komuniti setempat. Program yang diadakan bukan sahaja bertujuan membersihkan kawasan perkuburan, tetapi juga sebagai medan untuk merapakan hubungan sesama penduduk.





No comments:

Post a Comment