Dalam dialek Kelantan banyak menggunakan
perkataan Arab yang disebut mengikut dialek Kelantan sehingga agak berlainan
daripada sebutan asal.
Salah satu perkataan yang banyak dituturkan
oleh orang-orang tua di Kelantan ialah buah topah. Sebutan asal bahasa Arab
ialah ‘tuffah’ iaitu buah epal.
Perkataan ‘tuffah’ telah disarap atau
diterima dalam senarai perkataan Melayu sebagai ‘tufah’ yang ditandakan sebagai
berasal bahasa Arah yang bermaksud ‘epal’.
Dengan kata lain, adalah tepat dan boleh
diterima dalam senarai bahasa Melayu menggunakan perkataan ‘tufah’ untuk merujuk
kepada perkataan ‘epal’.
Dan, di Kelantan pula patut terus
menggunakan dialek Kelantan iaitu buah topah.
No comments:
Post a Comment