Tempoh
berkempen pilihan raya memang singkat. Tidak mampu calon untuk menemui semua
pengundi. Bahkan, banyak pengundi tinggal di luar kawasan atau dipanggil
pengundi luar.
Jadi,
cara paling berkesan dan mampu meraih undi ialah melalui kempen di media
sosial. Biasanya ia disebarkan secara langsung di platfom media sosial yang banyak
membuka peluang membuat secara langsung.
Dengan
cara itu, pengundi berpeluang untuk mendangar tawaran dan isu yang dibawa oleh
calon atau penceramah. Maklumat sampai kepada pengundi dengan mudah dan berkesan.
Selain
dalam bentuk siaran langsung atau video, iklan secara gambar atau poster juga amat
berkesan. Biarpun tanpa banyak maklumat di poster tersebut, ia memberi
pengenalan dan ingatan tentang seseorang calon untuk dipilih pada hari
pengundian.
No comments:
Post a Comment