Tuesday 8 August 2023

Sokong Pas hendak masuk syurga

 
Penyokong Pas hendak masuk syurga. Malangnya tidak pula melakukan apa yang disuruh agama. Mereka melakukan perkara yang terang-terang perbuatan dosa yang jika banyak dilakukan, ke nerakalah jadinya.
 
Disebabkan undi Pas seperti sudah dijamin syurga (apa yang difahami pengundi Pas) maka soal halal haram mereka tidak peduli.
 
Dalam satu video, seorang wanita yang tidak menutup aurat menunjukkan rasa bersemangat untuk bersama-sama menyiapkan bendera Pas yang dihadiri beberapa lelaki. 

Dengan niat tidak buruk sangka, katakan semua lelaki itu adalah mahramnya, maka memanglah tidak berdosa tidak menutup aurat ketika itu (tidak memakai tudung dan pakaian ketat).
 
Persoalannya, video itu disebarkan yang bermakna banyak orang akan melihat keadaannnya yang tidak menutup aurat.
 
Inikah ajaran Pas? Adakah orang Pas dibenarkan tidak menutup aurat? Atau disebabkan sudah dijamin syurga, maka tidak takut untuk melakukan dosa?
 
Gambar sekadar hiasan. Tidak mahu sebar gambar video tersebut kerana tidak mahu ikut berdosa.

No comments:

Post a Comment