Sunday 10 December 2023

KAYUHAN JELAJAH eKASIH KOTA LAMA

 
Sempena Program Jelajah eKasih @ Kota Lama bertempat di Dataran Muhammadi, Kala Sentral, Kota Bharu, turut diadakan Kayuhan Madani dengan memberi tumpuan melawat keluarga yang tersenarai dalam eKasih di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeru (DUN) Kota Lama.

Program Kayuhan Madani disertai oleh Jasri Kasim, Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan dan Dr Hafidzah Mustakim, ADUN Kota Lama, serta pemimpin setempat.

Program ini adalah satu inisiatif yang sangat bernilai, yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada keluarga eKasih yang memerlukan. Peserta kayuhan telah menyantuni beberapa buah rumah daripada keluarga eKasih bermula dari kawasan Kampung Dusun, Lorong Gajah Mati, Kampung Atas Paloh dan berakhir di Pasar Kubang Pasu. Sumbangan wang tunai dan barang keperluan asas telah disampaikan kepada keluarga eKasih yang diziarahi.

Selain itu, dalam kayuhan terakhir di Pasar Kubang Pasu, pihak ICU JPM serta ADUN Kota Lama turut menyerahkan sumbangan untuk menaik taraf Pasar Kubang Pasu, Kota Bharu. Ini adalah langkah positif untuk memastikan kemajuan dan kesejahteraan komuniti setempat.

Semoga penglibatan dan usaha bersama dapat memberikan impak yang positif kepada masyarakat dan semoga Program Jelajah eKasih terus menjadi medium untuk membantu mereka yang memerlukan.


Sumber FB Dr. Hafidzah Mustakim

No comments:

Post a Comment