Saturday 9 December 2023

PELUANG WANITA MENJADI JURUTERBANG TUDM

 
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak menetapkan sebarang kuota bagi pengambilan juruterbang wanita, kata Panglima Tentera Udara, Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan selepas Upacara Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan Siri 84/22 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 64/22 di Kolej Tentera Udara di Alor Setar. 

Tegasnya, wanita mempunyai peluang yang cukup luas untuk menyertai TUDM sebagai juruterbang dan mereka hanya perlu memenuhi syarat serta kelayakan, selain melepasi ujian ditetapkan.

Menurutnya, pembabitan wanita sebagai juruterbang bergantung kepada syarat kemasukan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Mereka harus lulus kelayakan, pemeriksaan kesihatan 100 peratus seperti ditetapkan dan lulus semua ujian altitud yang diperlukan.

Jelasnya, semua sama untuk lelaki dan wanita, tiada diskriminasi. Jadi, siapa yang layak, menepati syarat dan lulus dalam ujian penerbangan, dia layak dan itu baik untuk dia.

No comments:

Post a Comment