Friday, 7 March 2025

KEJATUHAN EMPAYAR CHAMPA

 
Empayar Champa yang diasaskan orang Melayu pernah mencatat sejarah panjang sejak dibina pada kurun ke-2 dan bertahan selama 1,643 tahun hingga jatuh awal abad ke-19. Empayar Champa di Vietnam mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke-7 hingga ke-10 dan menerima pengaruh Islam sekitar abad ke-10 yang dibawa pedagang Arab.
 
Bagaimanapun, empayar berusia 1,643 tahun itu jatuh pada awal abad ke-19 berikutan peperangan dan tekanan daripada Kerajaan Annam yang muncul di utara Vietnam dan selatan China.
 
Peperangan itu menjadikan Melayu Champa sebagai pelarian termasuk raja terakhirnya, Po Con yang beragama Islam dan turun takhta pada 1822 untuk mencari perlindungan di Kemboja.
 
Kelompok yang masih ditinggal di sana kemudiannya ditekan orang Dai Viet dan akhirnya menjadikan Melayu Champa golongan pelarian.
 
Mereka berhijrah ke wilayah Kemboja terutama di Siem Reap dan Kompong Thom selain sebahagian berhijrah ke Kelantan serta Melaka juga ke Barat.
 
Melayu Champa di Kemboja mendiami daerah Siem Reap, Kampong Cham, Kampong Thom, Battambang, Trakeo dan Phnom Penh, selain wilayah kecil lain.
 
Nama Champa kekal dalam peta dunia hingga abad ke-15 sebelum pupus dan digantikan dengan Vietnam hingga kini.
 
Nasib rumpun Melayu Champa hancur secara berperingkat bermula dengan kehilangan kerajaan. Pada tahap kedua, walaupun mereka cuba beradaptasi dan tinggal secara aman di Vietnam dan Kemboja, mereka diperlakukan dengan zalim dan ditindas pemerintah komunis ketika itu.
 
Kerajaan Vietnam ketika itu cuba menjadikan Melayu Champa sebagai orang Vietnam menerusi dasar penghapusan budaya dan asimilasi menyebabkan mereka merantau ke Barat seperti Perancis, Kanada serta Amerika Syarikat, selain ke negara Malaysia dan Thailand.
 
Kini, Melayu Champa masih wujud di Vietnam meskipun jumlah itu semakin merosot, manakala hanya generasi tua bertutur dalam bahasa Melayu, sedangkan orang muda menggunakan bahasa Vietnam.
 
Melayu Champa kini menjadi golongan minoriti di Vietnam dan menerima pakai budaya setempat. Melayu Champa dikesan berada di Chau Doc, An Giang, Ho Chi Minh, Nha Trang, Danang dan Guy Nhon di tengah Vietnam. Tidak semua Melayu Champa beragama Islam.

No comments:

Post a Comment