Agih harta sepencarian. Persoalan
keadilan terhadap wanita sering dibangkitkan oleh wanita Islam seluruh dunia.
Perkara berkaitan dengan hak wanita dan keadilan dalam urusan kekeluargaan
tidak mungkin dapat dilaksanakan jika undang-undang kekeluargaan masih menjurus
kepada kepentingan pihak yang dianggap sebagai ketua dalam keluarga.
Harta
sepencarian dan bagaimana harta sepencarian itu akan diagihkan ketika berlaku
perceraian merupakan masalah utama bagi pasangan keluarga Islam di Malaysia.
Ini disebabkan ramai wanita memiliki harta dan membanting tulang bersama suami
mencari nafkah hidup.
Di kawasan
luar bandar ramai wanita yang membanting tulang menyara hidup anak-anak apabila
suami berpoligami. Terdapat banyak kes suami tidak pernah menjenguk isteri dan
anak-anak. Wanita begini mengeluh kesah kerana letih berulang alik ke Mahkamah
Syariah menuntut nafkah hidupnya dan anak-anak.
Terlalu
sukar untuk wanita menuntut perceraian kerana suami tidak hadir dan Mahkamah
Syariah tidak tegas dalam soal tindakan terhadap suami walaupun perkara itu
tercatat dalam perundangan keluarga.
Ketidakadilan
terhadap wanita dan sikap kurang tegas Mahkamah Syariah terhadap lelaki yang
ingkar hadir ke mahkamah ketika perbicaraan, menyebabkan wanita kurang yakin dan
percaya bahawa undang-undang keluarga yang ingin dilaksanakan itu dapat
mengadili wanita dalam perkahwinan.
Apabila
wujud undang-undang pembahagian harta sepencarian ketika suami ingin
berpoligami, maka wanita Islam Malaysia perlu menghadapi dilema berkongsi harta
dengan suami.
Wanita terpaksa menggunakan peguam untuk menyediakan dokumen harta-harta milik mereka sebelum berkahwin. Apabila lelaki bebas berpoligami secara pembahagian harta pencarian kemungkinan golongan wanita profesional akan lebih berhati-hati jika ingin berkahwin.

Mungkin
undang-undang keluarga yang akan dilaksanakan itu cuba menyusun sistem
kehidupan kekeluargaan Islam secara teratur dan seadil mungkin.
Tetapi jika orang yang ingin melaksanakan undang-undang itu tidak tegas dan kurang faham sosio budaya masyarakat yang sering berubah, maka undang-undang itu tidak mungkin dapat memberi keadilan kepada wanita.

sepencarian adalah pengertian yang mudah adalah harta bersama. Ia dimiliki oleh
pasangan suami-isteri semasa tempoh perkahwinan mereka walaupun harta itu atas
nama isteri atau nama suami atau nama kedua-duanya.
Harta
sepencarian selalunya merujuk kepada rumah kediaman dan sebarang harta yang
bernilai tinggi.
Suami atau
isteri mempunyai hak ke atas harta yang dimiliki semasa tempoh perkahwinan
kerana masing-masing ada sumbangan kewangan atau bukan kewangan ke atas harta
bersama atau harta sepencarian itu.
Sebagai contoh sebuah bungalow walaupun ia di atas nama suami tetapi isteri ada hak. Isteri mungkin memberi wang pendahuluan membeli rumah, membuat ubahsuai rumah, membaiki kerosakan rumah.
Sekiranya isteri tidak bekerja dan semua perbelanjaan rumah ditanggung oleh suami, isteri tetap ada hak ke atas harta bersama itu.
Hak isteri ke atas harta adalah berasas kepada sumbangan bukan kewangan. Ini termasuk sumbangan melayani suami iaitu makan-minum, mencuci pakaian, mengembirakan suami selepas penat bekerja, mengemas dan menjaga rumah semasa suami bekerja dan membesar dan mendidik anak di rumah.
Pemilikan harta sepencarian oleh isteri boleh diberi semasa pasangan suami-isteri sedang bahagia atau melalui proses mahkamah.
Semasa pasangan sedang bahagia, suami boleh memberi sebahagian daipada harta itu kepada isterinya melalui Deklarasi Harta Sepencarian.

Cara mudah
memperoleh harta sepencarian ialah pasangan membuat Deklarasi atau Perjanjian
Harta Sepencarian semasa pasangan masih bahagia. Pasangan dengan sukarela menyerahkan
secara sukarela sebahagian harta kepada pasangan masing-masing.
Sebagai
contoh, suami bersetuju menyerahkan hakmilik rumah itu sebanyak 50% kepada
isterinya melalui Deklarasi Harta Sepencarian.
Sekiranya
Deklarasi Harta Sepencarian tidak dibuat, maka pasangan ada pilihan membuat
tuntutan harta sepencarian melalui proses mahkamah.
Bagaimanapun, si penuntut (biasanya isteri) membuktikan wujudnya harta itu dan jumlah jumlah sumbangan (peratus)nya ke atas harta itu. Ini bagi membolehkan Mahkamah Syariah memutuskan hak harta sepencarian isteri tadi.
Proses tuntutan melalui mahkamah bukannya cara mudah. Ia melibatkan kos melantik peguam dan bukti harta dan sumbangan isteri yang menuntut itu.

No comments:
Post a Comment