Monday 3 February 2020

POKOK BUNGA KEMUNING

Pokok Kemuning merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Murraya paniculata. Di Kelantan terdapat tempat dinamakan Kampung Kemuning, jajahan Machang.

Pokok kemuning merupakan pokok yang setinggi 3 – 7 m, berbatang pendek, berdaun rimbun dan memberi manfaat sebagai tanaman pagar. 

Tanaman ini berbunga terus-menerus sepanjang tahun. Warna bunga ini pada peringkat awal ialah kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ia bertukar putih bersih.

Disebabkan pokok ini berbunga yang cukup menarik, maka ia turut dikenali sebagai pokok bunga kemuning. 

Pokok bunga kemuning banyak jenis yang menunjukkan dengan jelas perbezaan dari segi jambak bunga. Ada jenis bunga kemuning yang lebat berbentuk sanggul.

Bunga kemuning kembang sepanjang hari, namun baunya semerbak atau lebih kuat pada waktu malam. Bunga wangi merupakan aromaterapi. 

Sumber antioksidan dari pokok hidup, lebih cepat diserap badan. Hanya beberapa saat selepas dihidu, terus badan dapat manfaat antioksidan.

Buahnya berwarna hijau ketika muda dan merah apabila masak.

Kayu kemuning berwarna kuning agak kecoklatan dan sering kali digunakan bagi membuat sarung keris kerana kayunya 'liat' tidak mudah pecah dan mempunyai 'corak' yang menarik, selain dipercayai mempunyai hubungan dengan dunia mistik.

Pokok kemuning mempunyai pelbagai khasiat sama ada digunakan dalam perubatan tradisional ataupun moden. Antaranya untuk mengubati penyakit sesak nafas, bahan asas rawatan lepas bersalin, kencing manis dan lemah tenaga batin.

Pokok bunga kemuning sesuai ditanam di atas tanah mahupun di dalam pasu. Banyak pokok bunga kemuning ditanam di dalam pasu untuk tujuan hiasan kerana bunganya yang cantik dan berbau harum.

No comments:

Post a Comment