
Aromaterapi adalah rawatan melalui bau yang menggunakan beberapa titisan minyak pati tumbuhan. Ia boleh dilakukan sama ada dengan cara tisu dibasahkan dengan minyak pati tumbuhan, urutan di badan, dimasukkan ke dalam wap air panas untuk dihidu wapnya atau dititis dalam tab atau air mandian untuk mendapatkan keharumannya.
Aromaterapi istilah yang digunakan dalam satu cabang
perubatan herba membawa maksud bau-bauan dan rawatan. Seni perawatan diri ini
menggunakan sari minyak murni yang dapat membangkitkan semangat, menyegar dan
menenangkan fikiran.
Kebelakangan ini, kaedah ini semakin digemari baik di
kalangan wanita mahupun lelaki terutama bagi mereka yang mengalami tekanan di
tempat kerja.
Aromaterapi berfungsi pada asasnya melalui deria bau. Menghidu
adalah kaedah terbaik bagi mendapatkan kesan maksima manfaat dari minyak pati ekstrak
tumbuh-tumbuhan dalam pengubatan aromaterapi ini.
Aromaterapi adalah kaedah rawatan alternatif menggunakan
bahan volatil tumbuh-tumbuhan atau hasil sulingan ekstrak tubuh-tumbuhan yang
beraroma. Ia dapat merubah mood seseorang, fungsi kognatif atau
merangsang kesihatan, keseimbangan dan kesejahteraan hidup.
Apabila seseorang menghidu wangian, molikul pati minyak akan
menyebabkan isyarat dihantar ke otak, yang kemudian bertindak balas yang boleh
memberi kesan kepada bahagian lain tubuh. Tindak balas itu boleh memberi
kesan emosi dan psikologi positif.
Penggunaan yang berterusan dapat membantu membunuh
bakteria yang berada di dalam badan, serta boleh merangsang sel dan organ
bandan agar lebih bersedia untuk mengatasi serangan bakteria. Dua asas
mekanisma keberkesanannya adalah pengaruh aroma terhadap otak dan kesan terus
farmakologi.
Sejarah mencatatkan bahawa penggunaan essential oil telah
bermula ribuan tahun dahulu. Ini terbukti dengan penemuan penggunannnya di
dalam tempat persemadian Tutankhamun, di Mesir. Juga digunakan sejak lebih
tahun 2700 sebelum masihi seperti tercatat dalam The Classic Yellow Emperor's
Book og Internal Medicine Cina bagi merawat masalah selsema, haid dan cirit
birit.
Penggunaan essential juga dicatatkan dalam bukan kesusasteraan
India, The Reg Veda. Manakala tokoh ilmuan Islam, Ibnu Sina juga pernah
menggunakan kaedah aromaterapi dalam bidang perubatan.
Aromaterapi merupakan pilihan
rawatan penjagaan kesihatan yang mampu memberi ketenangan pada seseorang
individu. Secara
saintifiknya rawatan aromaterapi boleh meningkatkan kualiti kesihatan manusia
kerana ia menggunakan pati organik semula jadi yang diekstrak daripada
tumbuh-tumbuhan.
Penggunaan minyak pati secara sistematik dalam rawatan holistik
dipercayai dapat memperbaiki tahap kesihatan fizikal dan emosi seseorang. Selain
itu, minyak pati juga mampu memberi kesan terapeutik untuk kesihatan dan
perlindungan daripada penyakit.
Rawatan aromaterapi menggunakan minyak pati tumbuhan tertentu boleh
menjadikan seseorang individu awet muda dan melambatkan proses penuaan di
samping memberi kesan positif pada emosi dan psikologi.
Penggunaan minyak pati tumbuhan juga boleh menjauhkan jangkitan
virus seperti selesema, asma dan resdung serta meningkatkan sistem ketahanan
badan.
Terdapat pelbagai jenis dan kegunaan minyak murni. Antaranya
ialah kayu cendana, serai, bunga cengkih, limau dan lavender. Tidak ketinggalan
bunga-bungaan seperti mawar, melur dan jasmin yang mempunyai keistimewaan
tersendiri.
Kayu cendana misalnya, digunakan untuk merawat sebarang
infeksi saluran kencing dan alat kelamin, mengubati luka dan mengatasi masalah
melelapkan mata. Manakala, serai dan halia yang sering digunakan dalam masakan
mempunyai peranan tersendiri.
Dapatkan produk aromaterapi
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/6fapHb5NG6?
- https://s.shopee.com.my/6fapHb5NG6?
No comments:
Post a Comment