Tidak
kisahlah di mana maklumat itu diperoleh, yang penting apakah tindakan ibu bapa
dan orang dewasa tentang ‘rayu’ kanak-kanak itu? Adakah kita sekadar menganggapnya
sebagai anak kreatif tanpa memikirkan isi hati kanak-kanak untuk kebaikan diri
mereka dan keluarga?
Kita
mengetahui tentang bahaya merokok kepada perokok. Bagaimanapun tidak banyak
orang menyedari tentang bahaya asap rokok kepada orang yang berada berhampiran
dengan perokok. Bahkan, kesan bahayanya tidak kurang seperti merokok.
Orang
yang menyedut asap rokok yang dihembus oleh perokok dipanggil perokok pasif. Seseorang
perokok pasif yang berkerja bersama beberapa orang perokok di pejabat yang sama
mendapat kesan asap rokok sama seperti dia menghisap sebanyak 6 batang rokok
sehari. Kesannya lebih bahaya jika berada di tempat tertutup yang pengudaraan
terhad.
Kajian
terkini mendapati perokok pasif sebenarnya mendapat kesan buruk lebih tinggi
berbanding perokok sendiri. Laporan Agensi Pelindungan Alam Sekitar California
pada 1997 menganggarkan 147 hingga 251 orang bagi setiap juta perokok pasif di
Califonia mati akibat penyakit disebabkan tembakau. Banyak bukan perokok
mengalami penyakit atau tanda-tanda penyakit seperti dialami perokok.
Hal
ini menunjukan satu kesan yang tinggi akibat asap rokok kepada perokok pasif. Mereka
terpaksa menanggung akibat perbuatan orang lain. Hakikat ini satu bentuk
ketiadakadilan sosial di mana orang lain melakukan perbuatan, orang lain turut
menerima akibatnya.
Istilah
sains bagi asap rokok yang dihembus oleh perokok ialah asap tembakau persekitaran
(ETS). Kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati ETS mengandungi
4000 bahan beracun, di mana termasuk 22 bahan kimia, 12 agen penyebab barah dan
10 logam berat.
Kandungan
utama asap rokok ialah karbon monoksida, iaitu gas yang sama dikeluarkan dari
eksoz kenderaan. Bahan tersebut mampu menghalang kemampuan darah untuk membawa
oksigen ke seluruh bahagian badan.
Ketiadaan
atau kekurangan oksigen sampai ke seluruh bahagian badan boleh menyebabkan
perjalanan fungsi badan terganggu. Ia menyebabkan keupayaan fikiran menjadi
lemah dan kecergasan badan menurun. Orang yang terperangkap dalam asap rokok
yang tebal seperti dalam bangunan, boleh mengakibatkan pening kepala, sesak
nafas dan pitam.
Perbuatan
merokok mendedahkan perokok kepada banyak berbahaya. Malangnya sikap ‘degil’
perokok bukan saja mendatangkan bahaya kepada dirinya sendiri tetapi kepada
banyak orang.
Ini
bermakna perbuatan merokok bukan soal peribadi lagi. Perokok mengganggu dan
mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai. Jadi, adalah hak untuk orang ramai
melarang perokok daripada menghampirinya.
Kerajaan
telah menetapkan adalah menjadi satu kesalahan merokok di tempat awam. Bagaimanapun
disebabkan kurang penguatkuasaan, peraturan tersebut tidak dipatuhi. Perokok
tidak peduli perasaan orang tidak merokok. Asalkan tabit buruk mereka dapat
diteruskan, perokok buat tidak peduli apa orang nak kata.
Perokok
pasif mudah sensitif kepada ETS. Berada dalam persekitaran yang dipenuhi asap
rokok mudah menyebabkan perokok pasif mengalami pening kepala, muntah dan
menyerang sistem badan yang menyebabkan keadaan lemah badan.
Kesan
paling ketara ditanggung oleh kanak-kanak dan bayi. Ini kerana keupayaan sistem
pernafasan mereka masih di peringkat rendah. Paru-paru kanak-kanak tidak
berupaya melakukan tugas berat seperti paru-paru orang dewasa ketika menyedut
udara tercemar asap rokok. Begitu juga sistem imunisasi badan mereka masih
rapuh.
Kanak-kanak
yang terdedah yang terdedah kepada ETS mudah mengalami jangkitan pada telinga
dan sistem pernafasan. ETS juga mempengaruhi tumbesaran fizikal dan mental
kanak-kanak. Kadar bahaya yang terpaksa ditanggung oleh kanak-kanak lebih
tinggi berbanding orang dewasa.
Perokok
harus sedar perkara ini. Perbuatan itu dikategori sebagai tidak
berperikemanusiaan. Perokok hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan
kesan buruk ditanggung oleh orang lain, termasuk ahli keluarga sendiri.
Fenomena
ini perlu diambil langkah pencegahan agar semua orang mendapat manfaatnya. Bapa
yang merokok patut sedar perbuatan merokok di dalam rumah berhampiran dengan
anak yang masih kecil samalah seperti memberi racun kepada anak.
Banyak
bapa merokok ketika mendukung anaknya yang masih berusia bayi. Malah ada bapa bermain-main dengan anak
secara menghembuskn asap rokok ke muka anak. Perbuatan itu dikenalpasti
berpunca kejahilan pengetahuan mengenai bahaya ETS. Tetapi ada bapa yang
sememangnya degil dan berhati batu tetap melakukan perbuatan itu biarpun sedar
akan bahaya ETS terhadap anaknya.
Anak
dari kalangan perokok mengalami dua keadaan berkaitan rokok. Pertamanya ialah
bahaya asap rokok yang mereka kongsi ketika masih kecil akibat perbuatan tidak
bertanggungjawab bapa dan mungkin juga ibu. Anak daripad keluarga merokok boleh
dianggap telah merokok sejak usia bayi.
Kesan
kedua ialah anak tersebut mudah terpengaruh untuk turut menghisap rokok apabila
usia meningkat. Anak yang bapanya seorang perokok turut terpengaruh dengan
tabiat bapanya dan menganggap perbuatan itu perlu diikuti. Perbuatan dilakukan
bapa mudah mempengaruhi anak turut melakukannya.
Selain
kanak-kanak, ibu mengandung juga menanggung kesan buruk yang tinggi terhadap
ETS. Janin dalam kandungan yang mengalami kesan ETS berkemungkinan akan lahir
sebelum tempohnya dan mengalami kekurangan berat. ETS juga boleh mengakibatkan
kecacatan fizikal dan mental kepada janin.
Janin
yang tercemar dengan ETS, selepas dilahirkan memungkin tidak dapat membesar
dengan sempurna. Kesan ETS kepada bayi juga menyebabkan sistem pertahanan badan
bayi menjadi rendah dan memberi kesan langsung kepada kemampuan otak bayi.
Justeru,
amat penting bagi bapa yang merokok segera menghentikan tabiat merugikan itu. Fikirkan
tentang bahaya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak dan isteri. Bapa yang baik tentu tidak akan memperjudikan
nasib anak-anak dan isteri hanya kerana rokok. Sekiranya terlalu sukar untuk
berhenti merokok, elak daripada merokok dalam rumah atau berhampiran ahli
keluarga.
Wujudkan
suasana bebas asap rokok dalam keluarga. Hidup keluarga lebih ceria dan selamat
tanpa ahli keluarga yang merokok.
No comments:
Post a Comment