Isu kenaikan harga barangan bukanlah baharu
dan semua pengguna sangat mengambil tahu akan senario ini, kerana ia sangat
memberi kesan kepada kesejahteraan kehidupan sebagai seorang pengguna.
Islam menetapkan kaedah jual beli. Perkara pertama ialah tidak menjual barang yang diharamkan. Sabda Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan jual minuman keras, bangkai, babi dan berhala.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Ketika membuat iklan atau menyatakan kepada pembeli mengenai barang yang hendak dijual mesti tepat tentang barang itu, terutama tentang keadaan, fungsi atau kebaikan barang ingin dijual.
Setiap barang hendaklah segera dijual jika ada pembelinya. Ditengah menyimpan barang dengan tujuan untuk mendapat keuntungan lebih jika dijual pada masa hadapan. Islam mementingkan agar keperluan semasa orang ramai diutamakan dengan menjual apa yang diingini atau diperlukan oleh pengguna.
Hadis diriwayat oleh Ahmad bermaksud: “Barang siapa yang menimbun barang keperluan makanan selama 40 hari, ia sungguh telah lepas dari Allah dan Allah telah berlepas darinya."
Manakala dalam hadis lain Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan menimbun kecuali orang yang salah." (Hadis riwayat Muslim)
Jika sebelum ini, isu kenaikan harga barangan kerap berlaku di musim perayaan, namun kini tidak kira masa dan ketika. Ada mengatakan kenaikan harga barang ini disebabkan sifat sesetengah pembekal menyimpan stok barangan.
Dalam istilah ekonomi, ia lebih dikenali 'hoarding activity' (menyimpan barang). Aktiviti ini terjadi apabila pembekal barangan keperluan ingin mengaut keuntungan berlebihan. Mereka menyimpan stok barangan dengan harapan pihak berkuasa akan membuat satu ketetapan harga bagi barangan terbabit.
Apabila penawaran barangan terhad dan permintaan tinggi, akhirnya harga ditetapkan tinggi. Pengguna akan merasa terbeban dan pembekal meraih keuntungan maksimum.
Sikap terlalu bergantung kepada orang tengah juga boleh dilihat antara sebab kenapa isu kenaikan harga barangan sukar ditangani. Senario ini lebih kepada monopoli pasaran, di mana orang tengah mendominasi pasaran barangan hinggakan mereka sesuka hati menaikkan harga.
Apabila orang tengah menaikkan harga ke atas barangan, sudah semestinya peniaga juga perlu melakukan perkara sama supaya tidak menanggung kerugian. Akhirnya, peniaga dalam dilema dan tersepit antara rungutan pengguna dan kenaikan harga barangan.

No comments:
Post a Comment