Wednesday 20 November 2019

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK USIA 12 HINGGA 18 BULAN


Pada usia 12 hingga 18 bulan, kanak-kanak sudah mula pandai berjalan atau menapak tanpa bantuan, tetapi masih dalam fasa jatuh dan bangun.

Apabila dia dah mula "dapat kaki", maknanya dia makin nampak dunia dia semakin luas. Dia sudah mula minat hendak meneroka macam-macam yang ada di sekeliling dia.

Waktu ini kanak-kanak akan cuba untuk pelbagaikan kemahiran motor kasar dan motor halus dia. Antara contoh aktiviti yang dia akan mula buat ialah mencapai objek yang lebih tinggi, memanjat, menari ikut rentak muzik, pusingkan badan, gelongsorkan badan.

Pada usia ini juga, kanak-kanak lagi aktif buat aktiviti atau main permainan yang libatkan "hubungan kesan dan akibat".

Maksudnya, kalau dia baling mainan, dia nak tengok apa jadi pada mainan itu. Macam mana bunyinya bila dibaling dan macam-macam lagi.

Ketika pada usia itu juga kanak-kanak suka sangat tiru gaya atau aksi orang dewasa walaupun tiada objek pada tangan dia. Contohnya cakap telefon (tangan jadi simbolik pada telefon), minum air (tangan jadi simbolik pada cawan).

Pada usia 18 bulan, dia dah mula pandai menconteng. Jadi, ibu ayah perlu bersedia dengan dinding, lantai malah kereta untuk jadi tempat anak-anak keluarkan segala kreativiti menconteng.

Ciri-ciri mainan yang mesti ada pada peringkat usia ini ialah:
- Warna yang menarik dan terang
- Ada bunyi seperti muzik, lagu atau loceng
- Saiz yang besar dari genggaman tangan kanak-kanak.
- Bebas dari toksik dan boleh dibasuh

No comments:

Post a Comment