Sunday 2 October 2022

PCAK SANTUNI PENDUDUK KAMPUNG LIMAU PURUT RANTAU PANJANG

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) berpeluang untuk bersama-sama menjayakan program yang dianjurkan oleh sahabat aktivis kemasyarakatan, Amran Rahman, untuk menyantuni penduduk di Kampung Limau Purut, Rantau Panjang.

Sebanyak 40 keluarga dan 6 orang anak yatim menerima sumbangan pada program tersebut. Majoriti penduduk di kampung berkenaan bergantung kepada hasil menoreh getah, tetapi pendapatan mereka terjejas kerana hujan yang kerap turun sekarang.

PCAK yang diketuai pengerusinya, Fazliyaton Daud, mengucapkan terima kasih kepada Amran yang menjemput PCAK untuk turut serta program tersebut.

Tahniah kepada Amran serta penyumbang yang memungkinkan program tersebut dilangsungkan dengan jaya. Juga terima kasih kepada Rosmieza Che Mat dan Johari Ahmed yang sentiasa membantu menjayakan program kebajikan untuk golongan asnaf.

Kebaikan perlu dilakukan berterusan. Biar sedikit, asalkan ada. Berterusan dan memberi manfaat.



No comments:

Post a Comment