Saturday 2 September 2023

UMNO TETAP PERTAHANKAN ISLAM

  
Mengikut catatan sejarah, draf awal Perlembagaan Persekutuan dibentang Suruhanjaya Reid yang dibentuk pada 21 Mac 1956 adalah berbentuk sekular. Namun selepas mendapat bantahan pemimpin UMNO yang menjadi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu selepas menang pilihan raya prakemerdekaan 1955, kedudukan raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu mula dimasukkan sebagai kerangka penting Perlembagaan serta dipertahan hingga kini.
 
Malah, usaha pemimpin UMNO, khususnya Tunku Abdul Rahman telah berjaya memasti beberapa Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas mengenai kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, orang Melayu dan raja-raja.
 
Perkara 3, Ugama bagi Persekutuan

(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

(2) Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua ugama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua ugama Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan ugama Islam.

Perkara 38. Majlis Raja-Raja.
 (1) Maka hendaklah ada suatu Majlis Raja-Raja yang hendaklah ditubuhkan mengikut Jadual Kelima.
 
Perkara 152. Bahasa Kebangsaan
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:
 
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
 
Jelas sekali, perjuangan UMNO yang berjaya meletakkan kedudukan Islam (Perkara 3), Raja-raja (Perkara 38), Bahasa Melayu (Perkara 152) dan keistimewaan Melayu (Perkara 153).
 
Perjuangan UMNO ini tidak pernah luntur dan berkurangan memperjuangan hal yang berkenaan. Biarpun kini UMNO tidak mengetuai kepimpinan negara, fungsi ini dapat dijalankan apabila berada dalam saf kepimpinan negara yang bertanggungjawab menentukan dasar-dasar semasa negara.
 
Perkara penting ini menjadi prasyarat penyertaan UMNO (dalam konteks parti ia adalah BN) menyertai Kerajaan Perpaduan. UMNO hanya menyertai Kerajaan Perpaduan apabila parti-parti lain bersedia untuk menerima syarat bahawa Kerajaan Perpaduan menerima kedudukan agama Islam, raja-raja, bahasa Melayu dan keistimewaan Melayu.
 
Malah, UMNO secara tegas mengatakan jika perkara yang dipersetujui itu tidak dipatuhi, UMNO akan menarik diri pada bila-bila masa daripada Kerajaan Perpaduan.
 
Pemimpin UMNO tidak berkomproni dalam soal yang menjadi teras perjuang sejak awal penubuhan dan terus diamalkan sepanjang hayat parti tersebut.

No comments:

Post a Comment