Wednesday 14 August 2024

CARA HALAU MONYET MENDEKATI KAWASAN RUMAH

 
Monyet menjadi haiwan pemusnah buah-buahan di pokok dan mengacau keharmonian penduduk kampung. Monyet akan menyerang dalam kelompok besar sehingga menyebabkan kemusnahan yang besar.
 
Monyet adalah haiwan yang pintar dan sangat bijak. Monyet mudah mengenal pasti keadaan persekitaran, termasuk sebarang bentuk ancaman dan bahaya yang wujud. Jadi, monyet tidak mudah terpedaya dengan hanya satu kaedah sahaja untuk menakut-nakut atau menghalaunya.
 
Jadi, dalam usaha untuk menghalang monyet masuk kebun dan kawasan kediaman, perlu dilakukan perlbagai cara. Lakukan dengan satu cara, tetapi jika tidak berhasil, perlulah menggunakan pelbagai cara.
 
Beberapa cara boleh dilakukan untuk menghalau monyet.
 
- Paling penting, jangan memberi makan kepada monyet kerana ini akan membuat monyet lebih berani dan sering datang ke rumah anda.
 
- Anda boleh cuba untuk menggunakan alat penghalau ultrasonik. Alat tersebut mengeluarkan bunyi frekuensi tinggi yang tidak disukai oleh monyet. 

- Menempatkan patung seperti ular atau harimau yang kelihatan realistik di kawasan yang sering dikunjungi monyet boleh menakutkan mereka. Namun, pastikan anda menukar kedudukan patung ini dari semasa ke semasa untuk supaya rahsia ini terbongkar pada koloni monyet.
 
- Gunakan objek berkilat seperti CD lama atau cahaya yang dipantulkan untuk menakutkan monyet.
 
- Bunyi kuat dari wisel juga boleh membantu menghalau monyet.
 
- Gunakan ubat gegat yang dicampur dengan belacan di masukkan di dalam bekas terbuka dan digantung di tempat laluan atau tempat monyet suka datang.
 
- Jika monyet terus menjadi masalah, dapatkan bantuan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar.
 
Monyet memang pintar dan mereka boleh belajar untuk mengatasi satu kaedah tertentu, jadi pastikan anda lebih pintar dari monyet menggunakan kombinasi strategi untuk hasil terbaik.

No comments:

Post a Comment