Monday, 22 June 2026

PEMBAJAAN POKOK DURIAN DEWASA

 
Baja durian sangat penting untuk membekalkan nutrien seimbang, menggalakkan pertumbuhan akar dan kanopi, merangsang pembungaan, serta meningkatkan kualiti dan rasa buah.

Pembajaan perlu disesuaikan mengikut kitaran pengeluaran buah. Selepas musim buah, pokok memerlukan baja pertumbuhan untuk memulihkan tenaga (daun dan dahan), contohnya NPK 18-18-18 atau NPK 16-16-16.

Pada musim berbunga atau putik, bBaja yang tinggi kandungan fosforus (P) dan kalium (K) digunakan untuk mengelakkan keguguran bunga dan putik.

Ketika buah sedang membesar, keperluan kalium sulfat (seperti KSO) amat penting untuk mendapatkan isi durian yang manis, beraroma, dan berkualiti. Elakkan kalium klorida (KCl).

Unsur surih seperti magnesium, boron, dan zink adalah "suplemen" yang penting untuk pembentukan bunga yang sihat serta kesuburan keseluruhan pokok.

Penggunaan baja organik dan kompos sangat digalakkan untuk dicampur dengan baja kimia bagi memperbaiki struktur tanah dan kesihatan mikrob.

Ujian pH tanah perlu dilakukan bagi memastikan pH tanah berada pada tahap ideal iaitu 6.0 - 6.5.

Gambar - Durian duri hitam yang kurang mendapat baja. Buah kecil dan hanya ada dua ulas. Isipun kecil dan nipis.

No comments:

Post a Comment