Monday 28 December 2020

CARA HILANGKAN BAU SELEPAS MAKAN PETAI

 
Makan petai memang sedap dan menyelerakan. Petai adalah ulam pilihan banyak orang untuk dimakan mentah, dijeruk atau digoreng bersama sayur. Selain sedap, petai juga kaya dengan pelbagai khasiat.

Bagaimanapun ada satu yang tidak menyenangkan selepas makan petai iaitu menyebabkan bau busuk mulut atau bau tidak menyenangkan. Bau itu turut menganggu orang yang berada dengan kita.

Ada petua boleh dicuba untuk menghilangkan kedua-dua masalah itu.

Petua hilangkan bau petai di mulut
- Makan beras mentah dalam 10 biji.
- Kunyah terung mentah.
- Kunyah timun.
- Berus gigi selepas menggunakan dental floss.
- Kunyah chewing gum
- Campur masakan petai dengan terung.  
- Berkumur dengan air garam.
- Minum susu.
- Minum kopi atau teh tanpa gula.

No comments:

Post a Comment