Monday 21 December 2020

CARA ATASI UBI KELEDEK ROSAK KELARAH

 
Ubi keledek (Ipomoea batatas) daripada keluarga Convolvulaceae merupakan salah satu tanaman terpenting di dunia yang digunakan sebagai sumber makanan dan bahan pemprosesan untuk penghasilan produk seperti tepung, kanji dan lain-lain.

Selain mengandungi sumber karbohidrat dan serat yang tinggi, ubi keledek juga mengandungi vitamin B, C dan E. Benua Asia merupakan rantau terbesar yang menghasilkan ubi keledek dengan lebih 90 juta tan setiap tahun. China merupakan pengeluar terbesar ubi keledek dunia.

Seperti juga tanaman lain, ubi keledek sering menghadapi ancaman serangan serangga perosak dan penyakit. Salah satu ancaman terbesar industri pengeluaran ubi keledek ialah kumbang belalai yang menyebabkan ubi keledek menjadi kelarah.

Kumbang belalai (Cylas formicarius) berasal daripada keluarga Curculionidae yang merupakan perosak utama kepada tanaman ubi keledek di negara tropika dan subtropika.

Ubi keledek yang diserang akan menjadi reput, berbau busuk serta pahit jika dimakan yang berpunca daripada penghasilan toksin terpenoid yang boleh merendahkan mutu ubi keledek dan menyebabkan ia tidak sesuai sebagai produk makanan.

Akar penyimpanan ubi keledek merupakan sumber makanan dan tapak bertelur utama bagi kumbang belalai. Semasa pokok ubi keledek belum menghasilkan akar penyimpanan, kumbang dewasa hidup di bahagian batang dan daun.

Pada peringkat permulaan, kumbang dewasa memakan dan bertelur di bahagian batang rayap, manakala larva pula memakan bahagian batang sehingga ke bahagian ubi. Pokok yang telah mengalami kerosakan yang teruk di bahagian batang akan menjadi layu dan seterusnya mati.

Jika serangan larva berlaku di bahagian sistem vaskular tumbuhan, ia boleh mengurangkan saiz dan bilangan akar penyimpanan ubi keledek. Apabila pokok ubi keledek semakin membesar, kumbang dewasa akan menyerang bahagian akar penyimpanan yang lebih terdedah.

Serangan kumbang belalai sangat tinggi pada musim kering kerana ia mudah menyerang bahagian akar melalui rekahan tanah. Serangan mudah merebak melalui bahan tanaman (keratan pokok), sisa ubi keledek dan perumah lain.

Amalan kultur sangat penting untuk mengurangkan risiko serangan kumbang belalai dan seharusnya dipraktikkan sebagai langkah kawalan utama. Antara perkara yang paling asas bagi mengelakkan serangan kumbang belalai adalah dengan menggunakan anak benih atau keratan batang yang sihat.

Keratan anak benih perlu direndam ke dalam larutan carbaryl pada kadar 15 g/10 liter air selama 10 – 15 minit untuk membunuh telur dan ulat kumbang belalai.

Selain itu, batas tanaman perlu dinaikkan apabila tanah dalam keadaan kering atau mempunyai rekahan. Ubi yang mula membesar menghasilkan rekahan di permukaan batas dan menyebabkan ubi lebih terdedah. Rekahan ini akhirnya memberi peluang kepada kumbang belalai untuk menyerang masuk ke dalam tanaman.

Kaedah menanam ubi keledek secara bergilir dengan tanaman lain juga digalakkan bagi mengurangkan serangan kumbang belalai di samping mengelak ketidakseimbangan nutrien di dalam tanah.

Tanaman giliran yang sesuai bagi pokok ubi keledek adalah seperti jagung manis, sengkuang, labu dan tembikai. Selain itu, penuaian ubi keledek pada masa yang tepat merupakan perkara yang perlu diberi perhatian yang serius.

Seandainya lewat dituai, ia akan memberi peluang yang tinggi kepada kumbang dewasa untuk memusnahkan hasil tanaman. Hasil tanaman perlu dituai pada masa yang ditetapkan atau 2 minggu lebih awal jika kawasan tanaman mempunyai risiko yang tinggi untuk serangan kumbang belalai.

Populasi kumbang belalai boleh dikurangkan dengan menggunakan perangkap feromon. Feromon merupakan isyarat kimia yang mencetus tindak balas semula jadi bagi ahli lain daripada spesies yang sama. Feromon seks digunakan secara meluas dalam pengawalan serangga perosak tanaman.

Kapsul getah yang mengandungi feromon seks dipasang di dalam bekas plastik yang mengandungi air sabun atau larutan racun. Kumbang dewasa yang tertarik dengan feromon tersebut akan terjatuh ke dalam perangkap lalu dibunuh oleh air sabun atau larutan racun.

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete