Wednesday 11 September 2024

PENDAFTARAN PRODUK KESIHATAN DENGAN KKM

 
Produk kesihatan yang dijual di Malaysia, termasuk diimport dari luar negara perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran dimulai abjad MAL diikuti dengan lapan digit angka dan satu abjad yang menunjukkan ketegori produk.
 
Produk yang berdaftar juga mempunyai label hologram meditag pada pembungkusannya. Sekiranya sesuatu produk ubat tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut dikhuatiri tidak berdaftar dengan KKM.
 
Kategori pendaftaran produk berdasarkan abjad::
A – Ubat mengandungi racun terkawal
X – Ubat yang tidak mengandungi racun terkawal /OTC
T – Ubat tradisional
N – Suplemen kesihatan
 
Contoh pendaftaran ialah MAL12345678T yang menunjukkan ia produk kesihatan kategori ubat tradisional.
 
Produk berdaftar adalah terjamin daripada segi keselamatan, kualiti dan keberkesanan.

No comments:

Post a Comment