Sunday 15 September 2024

PAS INGIN HIDUPKAN KEMBALI MUAFAKAT NASIONAL

 
Tajuk akhbar, Hidupkan MN, Pas akan jumpa pemimpin UMNO, kecuali Zahid. Tajuk itu adalah bagi laporan berkaitan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Pas ke-70 di Kompleks Al-Makmur di Temerloh, Pahang pada 14 Sept 2024.
 
Pas dilaporkan akan meneruskan usaha mereka untuk menarik sokongan pemimpin UMNO bagi menghidupkan Muafakat Nasional (MN).
 
Hadi menegaskan usaha tersebut sedang dirancang dan pihaknya masih terbuka untuk menarik parti Melayu terbesar itu.
 
Menariknya, Hadi menegaskan bahawa perjumpaan itu tidak akan melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Apa sebenarnya yang Hadi hendak jelaskan? Teruk sangatkah Zahid di mata Hadi? Elokkah sikap ingin berjumpa dengan pemimpin UMNO tetapi menolak Zahid yang menjadi presiden.
 
Apa kata kalau tajuk akhbar itu ditukar menjadi Hidupkan MN, UMNO akan jumpa pemimpin Pas, kecuali Hadi. Adakah Hadi dan pemimpin Pas tidak kisah?

No comments:

Post a Comment