Sunday 21 July 2024

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KOTA BHARU 2024

 
UMNO Bahagian Kota Bharu telah melaksanakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian bagi tahun 2024 pada 20 Julai 2024 yang telah dirasmikan Bendarahi UMNO Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Tengku Adnan bin Tengku Mansor.

Turut hadir bersama sama adalah beberapa ketua UMNO Bahagian di Kelantan, Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Bakri Yussof, Ketua UMNO Bahagian Jeli, Datuk Adhan Kecik, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Mohamed Zulkipli Omar.

Dalam ucapan perasmian, Tengku Adnan menyeru agar pemimpin dan perwakilan di Bahagian Kota Bharu menjadi pencetus kepada bermulanya perubahan di Negeri Kelantan.

Beliau turut menekankan agar perwakilan bangkit mempertahankan agama dan jangan membiarkan pihak lain perguna Islam untuk kepentingan politik.

Ujarnya, UMNO tulus dalam perjuangan demi agama, bangsa dan negara. Inilah teras perjuangan setiap ahli UMNO yang diwarisi daripada pemimpin UMNO sejak dari dahulu sehingga sekarang.

Justeru katanya, betapa pentingnya setiap ahli jujur dalam perjuangan, melakukan setiap gerak kerja parti dengan ikhlas demi agama, bangsa dan negara, bukan untuk kepentingan peribadi.

No comments:

Post a Comment