Thursday 11 July 2024

MASJID SULTAN MAHMUD, KUALA BERANG

 
Masjid Sultan Mahmud ini terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Ia dirasmikan pada 3 Mei 1991 Masihi. Masjid ini berkonsepkan reka bentuk Arab klasik dan moden. Ia terletak di kawasan berkeluasan 3.5 ekar. Masjid ini merupakan masjid terbesar di Kuala Berang. 

Aplikasi reka bentuk gerbang dan hiasan dalaman gaya Timur Tengah telah berupaya menampilkan bentuk bangunan masjid ini sebagai sebuah pusat ibadah zaman moden. Ia menjadi tumpuan aktiviti keagamaan masyarakat di Kuala Berang. 

No comments:

Post a Comment