Wednesday 31 July 2024

PERTEMBUNGAN CALON MUDA DI DUN NENGGIRI

 
Barisan Nasional (BN) telah menamakan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai mewakili parti tersebut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggeri. Azmawi atau lebih dikenali dengan panggilan Awie adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu yang juga Ketua Pemuda UMNO negeri Kelantan, juga merupakan aktivis dalam perlbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), khususnya pertubuhan belia.

Manakala Perikatan Nasional (PN) pula mencalonkan Mohd Rizwadi Ismail, untuk mempertahankan kerusi DUN Nenggiri yang dimenangi parti tersebut pada PRN Kelantan 2023. Rizwadi adalah ahli Bersatu.

Pemilihan Rizwadi yang juga bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang dikatakan dibuat pada saat akhir berbanding dua nama yang disebut-sebut sebelum ini membabitkan Sheikh Razali Hamad dan Sun Najaman Muhamad. Rizwadi seorang veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyertai Bersatu dua hari sebelum diumumkan sebagai calon PN pada 29 Julai 2024.

Pemilihan Rizwadi atau lebih dikenalai dengan nama Wadi berusia 41 tahun dan berasal dari Kampung Bertam Baru itu dipilih memandangkan faktor usia yang muda selain pengundi di DUN berkenaan majoriti pengundi muda.

Ini bermakna PRK DUN Nenggiri melibatkan dua calon muda yang mana Awie, 38 lebih muda berbanding Wadi. 

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kerusi N.43 Nenggiri kosong berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri terlucut keahlian Bersatu kerana menyokong Kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Pada 19 Jun lalu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh BERSATU pada 13 Jun.

Lanjutan itu, pada 28 Jun 2024, SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos depan.


No comments:

Post a Comment