Saturday, 11 June 2016

Khasiat buah manggis

Buah manggis (Garcinia mangostana) mendapat sambutan kerana kaya khasiat dan nutrisiSecara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Kajian moden mendapati manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam dan biji. 

Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

Bahan aktif xanthone dalam buah manggis mempunyai khasiat amat menakjubkan, terutama di bahagian dalam kulit dan biji. Kajian berkaitan khasiat manggis telah dilakukan sejak tahun 1970an.

Manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus untuk memenuhi permintaan penggemar menikmati keenakan rasanya serta mendapat khasiatnya. Pelbagai masaalah penyakit dapat diatasi dengan minum jus manggis yang asli. 

Khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol, keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik dan saluran usus. 

Selain itu, manggis juga mempunyai Cathechins, Polyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat.

Vitamin C, Zat Besi, Niasin, Kalsium, Protein, Serat Fiber, Vitamin B1 & B2 dan lain lain mudah diperolehi secara semulajadi dari pemakanan Manggis.

Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.Pigmennya yang keungu-unguan juga telah digunakan sebagai satu bahan pewarna.

Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna/getah yang sukar hilang sekiranya terkena baju.

Kulit buah manggis agak keras dan dengan garispusat 4-6 cm. Buah manggis terdiri daripada isi warna putih yang berukur garis pusat 3-5 cm. Bergantung kepada saiz dan masak, ia mungkin berbiji.

Rasa manggis boleh dibandingkan dengan strawberi putik dengan rasa-rasa manis limau. Buah manggis jarang dijual di negara Barat kecuali di kedai runcit Asia. Kulit manggis menghasilkan warna merah, dan amat sukar ditanggalkan.

Dapatkan benih pokok manggis  

No comments:

Post a Comment