Monday 9 May 2022

GOLONGAN MUDA JADI PENARIK BECA

Usaha mencari pelapis penarik beca di Kelantan perlu dilakukan bagi menggantikan mereka yang uzur dan meninggal dunia. Baca atau di Kelantan dikenali sebagai ‘teksi’ merupakan pengangkutan popular di Kelantan pada satu ketika dahulu.

Penarik beca di Kelantan atau juga dikenali ‘tukang gatih teksi’ pernah mencecah lebih 300 orang. Ia menjadi satu kerjaya yang memberi pendapatan yang agak lumayan pada ketika itu. Beca menguasai jalan-jalan utama di Kota Bharu dan bandar-bandar lain di Kelantan. 

Namun, kini kerjaya penarik beca hampir pupus. Bilangan penarik beca yang dianggap masih ‘aktif’ hanya sekitar 20 orang. Itu pun semua mereka sudah berusia melebihi 50 tahun, bahkan ada yang telah mencecah 70 tahun.

Tidak ada generasi muda berminat menjadi penarik beca kerana khidmat beca semakin kurang mendapat sambutan. Kebanyakan rakyat memiliki kenderaan sendiri dan tidak memerlukan khidmat pengangkutan seperti beca yang bergerak perlahan dan tidak mampu bergerak jauh.

Kalaupun memerlukan perkhidmatan pengangkutan, orang ramai lebih berminat menggunakan khidmat teksi dan grab.

Satu cara untuk menghidupkan kembali permintaan perkhidmatan beca ialah melalui industri pelancongan. Beca adalah warisan Kelantan. Ia boleh digunakan untuk membawa pelancong melawat beberapa lokasi tarikan pelancong sekitar Kota Bharu. 

No comments:

Post a Comment