Pelik lagi ajaib apabila pembangkang
menolak pembubaran Dewan Rakyat untuk membeli laluan diadakan Pilihan Raya Umum
Ke-15 (PRU-15). Kebiasaan PRU sebelum ini, pembangkang tidak sabar untuk
menghadapi PRU agar mereka mampu menumbangkan kerajaan.
Jadi, pelik sangat-sangat apa yang berlaku
untuk menghadapi RU-15 ini. Sejak bila pembangkang PH/DAP takutkan pilihan raya?
Mereka sepatutnya gembira dan mengalu-alukan PRU-15 diawalkan. Mereka
bercita-cita ingin memerintah semula negara seperti apa yang dilakukan pada
PRU-14 lalu.
Jawapan kepada keadaan itu ialah
pembangkang belum bersedia. Mereka belum mendapat kembali rentak kemenangan
dahulu. Mereka yakin jika pilihan raya diadakan sekarang, sokongan rakyat belum
kembali kepada mereka.
Sejak mereka melihat kejayaan demi kejayaan
yang dibawa Perdana Menteri dari UMNO/BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengharungi
masa sukar pandemik dan selepas pandemik.
Mereka khuatir akan sokongan rakyat yang
mereka hilang setelah rakyat merasai setiap bantuan dan keputusan kerajaan Keluarga
Malaysia telah memberikan kesan positif kepada rakyat.
Rakyat boleh bekerja. Pengangguran menurun.
Peniaga kembali merancakkan perniagaan mereka. Kerajaan lahirkan jutaan
usahawan baharu dari perniagaan selepas pandemik.
Ini keyakinan rakyat. Ini kekuatan BN.
Rakyat jangan sekali lagi salah memilih.
Demi memastikan negara dan rakyat mampu
berdepan ramalan krisis ekonomi dunia tahun hadapan, kita perlu memilih sebuah
kerajaan yang telah terbukti berjaya sebelum ini dan kini.
No comments:
Post a Comment