Saturday 6 January 2024

CEGAH WARGA ASING TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN

 
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengadakan operasi bersepadu bagi membendung penglibatan warga asing dalam aktiviti perniagaan di Kota Bharu.
 
Opeasi diadakan pada 5 Januari 2024 itu bermula pada jam 10.00 pagi melibatkan kawasan pusat bandar iaitu Jalan Hilir Pasar, Jalan Ismail, Jalan Dato Pati serta Pasar Pohon Pinang yang telah dikenal pasti menjadi pusat aktiviti warga asing menjalankan aktiviti perniagaan mereka.
 
Berdasarkan peruntukan Undang Undang Kecil MPKB-BRI yang berkaitan serta syarat-syarat kelulusan lesen premis perniagaan yang diluluskan, MPKB-BRI hanya mengeluarkan lesen perniagaan kepada warganegara Malaysia sama ada lesen premis perniagaan atau lesen penjaja di pasar awam.
 
Keseluruhan anggota pelbagai Jabatan yang terlibat dalam operasi pada hari ini adalah seramai 119 orang anggota terdiri daripada MPKB-BRI 40 orang PDRM (30 orang), JIM (40 orang) dan JPN (9 orang) telah terlibat.
 
Dalam operasi ini seramai 238 orang warga asing telah ditahan oleh pihak PDRM untuk tindakan siasatan lanjut. Sebanyak 8 premis perniagaan yang telah dikenal pasti melibatkan warga asing juga telah diperiksa dan 3 premis didapati menggunakan pekerja warga asing dan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen.
 
Dalam operasi itu satu kompaun telah dikeluarkan dan 20 barang telah disita oleh pihak MPKB-BRI. Bagaimanapun tiada warga asing berniaga di pasar yang dikenal pasti dan 7 orang peniaga tempatan yang berniaga tanpa lesen di Pasar Pohon Pinang telah diberi notis supaya membuat permohonan lesen penjaja.
 
Sumber – FB Kota Bharu Bandar Raya Islam

No comments:

Post a Comment