Friday 22 March 2024

KAJIAN MEMBINA TEROWONG

 
Banyak yang berpendapat perlu membina terowong sebagai laluan jalan raya atau lebuh raya. Pembinan terowong dikatakan dapat meminimalkan kerosakan alam sekitar berbanding jika jalan raya dibuat melalui kaedah memotong atau membelah bukit.
 
Membelah bukit melibatkan kawasan yang berkali-kali ganda lebih luas berbanding lebar jalan raya kerana ia melibatkan pembinaan curam tebing yang selamat, tambah-tambah jika membelah kawasan bukit yang tinggi. Banyak kawasan hutan yang perlu dikorbankan demi untuk membina jalan raya melalui kawasan bukit.
 
Itulah pandangan yang sering dibangkitkan oleh mereka yang tidak memahami kejuruteraan membina jalan raya atau lebuh raya. Untuk membina jalan raya di sesuatu kawasan bukan sekadar melakar di atas peta dari mana jalan raya itu hendak dihubungkan atau melalui kawasan mana.
 
Sebelum satu-satu jajaran jalan raya ditentukan, banyak aspek perlu dikaji tentang kesesuaian dan kos yang diperlukan.
 
Ini termasuklah apabila jalan raya yang ingin dibina itu perlu melalui kawasan bukit berbukit-bukit. Antara perkara yang perlu diambil kira ialah sama ada mengelak bukit tersebut dengan dengan memilih laluan berhampirannya.
 
Jika difikirkan adalah perlu membina laluan melalui kawasan bukit, maka pertimbangan lain perlu diambil kira sama ada membelah bukit atau membina terowong. Kalau ikutkan pendapat mereka yang mendakwa untuk alam sekitar, lalu mereka kata perlulah membina terowong.
 
Sebenarnya keputusan untuk membina terowong untuk tujuan apa pun bukan mudah untuk diputuskan. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan ialah pertamanya mengapa nak buat terowong jika boleh "open cut".
 
Pembinaan terowong bukan boleh sesuka hati hendak buat. Ia bergantung kepada kajian geologi. Malah kos pembinaan terowong amat tinggi. Terowong hanya dibuat pada tempat batu keras lebih-lebih lagi batu granite. 

Sekiranya kawasan tanah merah atau laterite yang boleh dikorek dengan jentolak biasa 
 
Dalam pembinaan lebuh raya ada dua faktor perlu diambil kira. Pertama ialah jajaran. Faktor kedua ialah perubahan kecerunan. Ia juga diambil kira dari keupayaan lajakan kenderaan untuk melaluinya untuk satu jarak tertentu.

Berdasarkan kajian itu akan ada tempat terpaksa dikorek (cut) atau ditimbus.(fill). 

Kajian "mass haul" akan dibuat untuk menentukan keadaan paling ekonomi untuk "balance" tanah yang dipotong untuk ditimbus pada tempat yang kena timbus.
 
Sebab itulah tidak perlu ambil tanah dari luar projek untuk timbus tempat yang kena buat timbus. Sudah tentu potongan besar digunakan tanahnya untuk timbus kawasan lain.  

Baca:
Kaedah potong dan timbul membina jalan raya


Gambar sekadar hiasan. 


No comments:

Post a Comment