Monday 1 April 2024

MAKSUD SERBA MOK NEKO DIALEK KELANTAN

 
Satu frasa yang biasa disebut di kalangan penutur dialek Kelantan ialah “serba mok neko” atau “segala mok neko. Frasa tersebut bermaksud macam-macam atau semua perkara, sesuatu atau kejadian.
 
Perkataan “segala” atau “serba” membawa maksud sama dengan bahasa baku. Perkataan “mok”  adalah daripada emak atau ibu dan “neko” adalah aneka yang dieja mengikut dialek Kelantan.
 
Sebenarnya perkataan serba mok neko adalah frasa penegasan bahawa semua, segala dan serba ada. Mok atau ibu adalah sesuatu yang memberi gambaran sekecil-kecil dan sebesar-besar ada. Aneka pula bermaksud banyak.
 
Jadi, kalau disebut serba mok neko bermaksud segala-galanya, besar, semua dan tidak terkecuali.

No comments:

Post a Comment