Haram menjatuhkan kerajaan Islam. Sesiapa
menjatuhkan kerajaan Islam samalah merosakkan Islam. Islam mewajibkan kerajaan
Islam dipertahankan bagi membuka ruang untuk Islam terus berkembang dan
berkuasa.
Keadaan perpecahan dan saling menjatuhkan sesama Islam yang berterusan akan
memberikan kesan buruk kepada umat Islam dan sekali gus meletakkan perkembangan
Islam di negara ini dalam keadaan tidak menentu.
Bukan Islam menjadi keliru adakah benar Islam sukakan keamanan dan perpaduan,
sedangkan apa yang ditunjukkan oleh mereka memperjuangankan Islam berlaku
sebaliknya.
Jangan disebabkan gila kuasa dan kepentingan sendiri menyebabkan undang-undang
tidak dipedulikan. Peraturan agama perlu dipatuhi, bukan dibuat main-main ikut
suka suka saja.
Jika di kalangan pemimpin yang dilihat warak dan alim sanggup melakukan perkara
menyalahi agama demi kuasa, maka imej kepimpinan ulama akan tercemar dan tidak
dipercayai lagi.
Apa-apa hukum atau ketetapan adalah
terpakai untuk semua. Bukan diubah-ubah ikut sesuka hati.
Memang hukum ada kaedah diubah berdasarkan
kepada keperluan semasa, tetapi bukan untuk kepentingan individu.
Satu cara menentukan hukum yang diterima
dalam Islam ialah kaedah al-Masalih al-Mursalah. Istilah al-masalih al-mursalah
didefinisikan oleh para ulama sebagai kepentingan yang tiada keterangan nas
secara langsung sama ada memperakui atau menolaknya.
Jamhur ulama berpendapat mengutamakan kepentingan rakyat satu hujah boleh
diterima sebagai dalil hukum apabila ia berkaitan mendatangkan kebaikan kerana
kebaikan sentiasa menjadi tujuan utama syarak.
Selain itu, pendapat itu juga berdasarkan kepada kepentingan hidup manusia
sentiasa berubah yang memerlukan kepada keperluan semasa yang tidak terdapat
sebelumnya. Contohnya hukum berurusan dalam talian yang menjadi fenomina pada
hari ini sedangkan perkara itu tidak wujud sebelum ini.
Tetapi, kalau tukar hukum ikut sesuka hati
yang berubah-ubah dalam tempoh masa singkat bersilih ganti, itu dinamakan
mempergunakan agama. Itu penunggang agama. Sifat orang munafik yang tidak bersungguh-sungguh mematuhi hukum agama.
No comments:
Post a Comment