Monday 12 June 2023

DURIAN KECIL RASA TETAP HEBAT MEMIKAT

 
Durian kecil atau mini hanya sebesar tapak tangan sahaja. Durian jenis ini dikatakan durian hutan yang tumbuh meliar di dalam hutan. Pokok durian kecil ini tidak ditanam kerana tidak ekonomi atau harganya murah disebabkan tidak banyak ulas untuk setiap biji. Biasanya setiap biji hanya ada satu atau dua ulas sahaja. 
 
Pun begitu, durian kecil atau mini yang di setengah tempat dipanggil “durian penggal gajah” (baling gajah), sebab ia kecik boleh buat peluru halau gajah, tetap ada peminatnya. Ada yang membelinya jika berpeluang menemuinya di gerai menjual durian. 
 
Pada tahun 1980-an, harga sebiji adalah RM0.50 sen. Maknanya harga sebiji itu adalah harga untuk seulas atau dua ulas.
 
Seperti kebanyanyak isi durian yang hanya seulas dalam setiap pangsa, bentuk ulasnya dikenali sebagai bentuk “kucing tidur” atau di Kelantan ia lebih dikenali dengan nama “isi kopek”.
 
Tentang rasa, mereka yang pernah merasinya mengatakan ia seperti durian premium kampung yang enak dimakan. Rasanya pejal dan aroma bau yang menyelerakan.


No comments:

Post a Comment