Buku Rahsia Bisnes Orang Cina ditulis Ann Wan Seng mendedahkan amalan orang Cina berniaga sehingga berjaya. Banyak amalan boleh diikuti dan diamalkan untuk berjaya dalam perniagaan. Baca rahsia orang Cina berniaga. Rahsia tersebut ialah:
- Berbisnes bagi orang Cina adalah bukan satu kebolehan semulajadi.
Berniaga adalah satu kemahiran dan boleh dipelajari.
- Peniaga tulen tak takut cabaran. Peniaga palsu cari untung singkat, tak
peduli tanggungjawab sosial.
- Sejarah
perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitan.
- Orang Cina suka berhijrah.
- Bangsa
Cina paling fleksibel, mudah berubah dan menyesuaikan diri dengan apa saja
keadaan. Mereka dapat hidup cari makan walau di mana saja mereka berada.
- Kepercayaan
orang Cina, orang yang berniaga tidak akan dipandang rendah. Malah dunia niaga
menjanjikan kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan.
- Orang
yang bekerja makan gaji dianggap belum lagi dewasa.
- Mereka
yang berniaga dianggap sebagai golongan yang matang dan sering mendapat tempat
rujukan..
- Orang
Cina percaya, hanya dengan bekerja kuat dan berani meneroka peluang barulah
mereka boleh Berjaya.
- Kejayaan
dan kegagalan banyak bergantung pada sikap, usaha dan keyakinan.
- Berniaga
boleh dijadikan sebagai hobi tapi bukan bagi mengisi masa lapang.
- Orang
Cina suka mewariskan perniagaan pengalaman niaga mereka kepada anak cucu
mereka.
- Orang
Cina tidak suka berniaga atas angin tanpa mengeluarkan usaha dan modal.
Baginya, perniagaan macam ni tidak akan bertahan lama.
- Dalam
falsafah perniagaan orang Cina, peniaga tidak boleh mengharapkan keuntungan
sebaik sahaja memulakan perniagaannya.
- Keuntungan
yang bakal diperolehi bergantung kepada berapa banyak pelaburan yang sudah
dilakukan.
- Peniaga
tulen tidak takut pada persaingan dan kerugian.
- Konsep
perniagaan orang Cina tidak suka 'makan' ataupun mencari untung seorang. Mereka
tidak digalakkan membolot segala keuntungan dan kekayaan. Sebaliknya mereka
perlu berkongsi segala keuntungan dengan peniaga lain. Kerana bagi mereka,
tidak ada peniaga yang boleh hidup seorang diri. Mereka perlu bergantung antara
satu sama lain.
- Peniaga
Melayu suka berniaga 'ala mee maggi'. Terutamanya berniaga hanya di bazar Ramadan.
Peniaga bermusim bukan saja tidak boleh berkembang, tetapi akan menghadapi
masalah modal dan aliran tunai bagi memulakan perniagaan.
- Peniaga
jenis kulat dan cendawan (peniaga bermusim) ini tidak mempunyai ruang di dalam
dunia niaga orang Cina.
- Orang Cina menekankan kepentingan 'siapa cepat dia dapat". Orang kalah
kerana dia lambat bertindak.
- Orang
Cina boleh berniaga di kampung Melayu tetapi orang Melayu belum tentu boleh
berniaga di kawasan orang Cina.
- Dalam
urus niaga, peniaga perlu tahu membezakan urusan peribadi dengan perniagaan. Kedua-duanya
tidak boleh dicampur-adukkan.
- Orang
Cina menggalakkan tawar-menawar sebagai cara memikat pelanggan.
- Peniaga
Cina bersikap tegas dalam menguruskan kewangannya. Hasil keuntungan perlu
digunakan bagi menjana lebih banyak keuntungan. Wang perlu membuat wang
bukannya menimbunkan hutang dan beban.
- Orang
Cina suka bekerja dengan pantas. Mereka tidak suka buang masa. Apabila bekerja,
mereka akan memberikan sepenuh tumpuan bagi menjayakannya. Sebab itulah orang
Cina bergerak pada kadar yang laju, makan laju dan cakap pun laju. Lebih laju
seseorang bertindak, lebih maju perniagaannya.
- Bagi
orang Cina, untuk berjaya seseorang itu perlu mengalami kesakitan, kesusahan
dan juga penderitaan terlebih dahulu.
- Peniaga
Cina akan bersikap terbuka dan berlapang dada apabila berhadapan dengan situasi
sukar. Barulah dapat mencari jalan keluar.
- Sekadar
pintar berniaga tidak dapat memberikan hasil yang berkekalan. Ia perlu disusuli
dengan sifat-sifat seperti agresif, berani, tahan lasak, bersemangat dan
sanggup berjuang bagi merebut segala peluang yang tersedia.
- Pepatah
Cina ada mengatakan, “Jika terlalu berhati-hati akan mati”. Bermakna, untuk
berniaga kita perlu mengambil risiko. Peniaga perlu berjiwa besar dan jangan
terlalu memikirkan kesan tindak tanduknya. Peniaga perlu percaya dan yakin dengan
tindakan serta keputusannya. Keraguan hanya akan menimbulkan perasaan was was.
Peniaga yang waswas akan TEWAS.
- Kerajinan
adalah antara faktor kejayaan orang Cina dalam perniagaan. Orang Cina sanggup
bangun pada waktu dinihari dan terus bekerja sampai ke malam hari.
- Orang
Cina adalah bangsa yang suka bercakap. Apabila bercakap,mereka akan bercakap
dengan suara kuat. Tetapi mereka selalunya buat apa yang mereka katakan. Cakap
mereka bukan cakap kosong tetapi disusuli dengan tindakan.
- Sejak
kecil, orang Cina sudah ditanamkan dengan pemikiran supaya tidak bergantung
pada orang lain. Mereka percaya mereka mempunyai kebolehan dan potensi.
- Melalui perniagaan, seseorang berpeluang berjumpa dengan pelbagai golongan
manusia. Ini dapat membentuk kemahiran berinteraksi dan menambahkan pengetahuan
berkenaan psikologi manusia.
- Dalam
falsafah niaga Cina, tidak ada jalan dan cara mudah hendak menjadi kaya. Orang
yang mencari untung jangka masa pendek akhirnya akan kecewa dan lingkup.
- Jika
perniagaan tidak mendapat sambutan ataupun tidak mendatangkan keuntungan, sudah
sewajarnya mereka mengkaji dan memperhalusi di manakah kesilapannya, kelemahan
serta kekurangannya.
- Orang
Cina lebih suka memfokuskan kepada satu perniagaan sahaja sebelum mengembangkannya
kepada bidang perniagaan lain. Dengan itu mereka dapat menguasai perniagaan itu
sehingga sukar orang lain hendak menyainginya.
- Para
peniaga Cina mementingkan nilai kemanusiaan dan persahabatan dengan pekerja.
Tauke tidak boleh sombong dan bongkak.
- Seni
berniaga bagi orang Cina sangat halus dan tidak memadai dengan mempelajarinya
secara teori. Berniaga perlu praktikal, mampu menguasai kemahiran.
- Sebagaimana
seni mempertahankan diri, bidang perniagaan tidak boleh digunakan bagi
menganiayai orang lain.
- Orang
Cina adalah satu bangsa yang kritikal. Peniaga yang melakukan manipulasi dan
menggunakan muslihat akan menerima padahnya.
- Daya
pemikat yang ada pada peniaga Cina adalah antara ciri seni niaga orang Cina
yang penting. Mereka akan melebihkan pelanggan dengan menambah nilai ke atas
barangan yang dibeli, menyediakan khidmat selepas pembelian.
- Peniaga
Cina seorang yang bersikap ringan tulang, peramah dan menjadikan pelanggan
mereka sebagai saudara ataupun paling kurang, sebagai sahabat yang rapat.
- Peniaga
tidak seharusnya menjadi pengikut tetapi perlu berusaha menjadi pemimpin dalam
bidangnya. Pemimpin yang baik tahu bila masa yang sesuai untuk bertindak dan
bagaimana hendak menyelesaikan masalah.
No comments:
Post a Comment