Saturday, 26 May 2018

TIADA HAK KEBEBASAN MURTAD

Islam tidak memaksa dalam soal penerimaan atau memeluk agama Islam oleh bukan Islam. Namun, sesiapa telah menerima Islam sama ada bertukar agama dari sebelumnya atau keturunan Islam, maka ada peraturan yang perlu dipatuhi.

Islam menganggap apabila seseorang dengan rela hati mengucapkan dua kalimah syahadah sebagai satu perjanjian termeteri antara seseorang hamba dengan Tuhannya, ikrar itu wajib dikota dan dipelihara sepanjang masa.

Sesiapa murtad atau keluar daripada Islam, dia sudah melanggar perjanjian itu dan wajarlah Allah mengenakan hukuman keras terhadap orang yang murtad itu.

Dari sudut bahasa, murtad adalah dari bahasa Arab yang berasal daripada perkataan “riddah”. Kamus-kamus bahasa Arab menjelaskan bahawa riddah bermakna kembali daripada sesuatu kepada selainnya. Oleh itu dari sudut bahasa, murtad bermakna orang yang kembali daripada sesuatu kepada selainnya.

Ada pun dari sudut syarak, dengan merujuk kepada penjelasan para ilmuan Islam, murtad ialah seorang muslim mukallaf yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan kepercayaan, perkataan atau perbuatan, dengan kehendaknya sendiri.

Mereka yang murtad perlu kembali kepada Islam. Jika ingkar, maka hukuman mengikut kaedah hudud perlu dilaksanakan.  

No comments:

Post a Comment