Friday, 14 October 2022

MAMPUKAH BN BANGKIT PRU-15

 
Kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) merupakan episod sejarah kegagalan paling terkesan di kalangan penyokong BN. Satu kejatuhan yang tidak disangka-sangka.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) paling terkesan. UMNO yang menunjangi kemerdekaan negara menerima aib dirobek pemimpin parti pembangkang yang majoritinya adalah bekas pemimpin UMNO.

Ketika itu UMNO dianggap telah terkubur. Namun, di hujung sisa-sisa nyawa, UMNO masih meneruskan roh Melayu biarpun dihimpit dengan pelbagai tekanan dan ugutan sehingga banyak ahli Parlimen dari UMNO melompat parti untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Hakikatnya, UMNO yang dipandang sudah tidak terdaya, kembali bangki sedikit demi sedikit di bawah kepimpinan Presiden yang berjiwa besar dan kental, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibantu sejumlah pemimpin yang istiqamah dalam perjuangan, tidak ubah seperti harimau yang luka.

Selepas 22 bulan tercampak sebagai pembangkang, UMNO kembali sebagai sebahagian kerajaan, biapun manjadi minoriti. Kemudian, 17 bulan berikutnya, pemimpin dari UMNO diangkat sebagai Perdana Menteri, biarpun dianggap masih tidak sepenuhnya berkuasa.

Biarpun kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agak terbatas, namun beliau telah berjaya mengemudi kerajaan dengan baik sekali. Cabaran kepimpinan dan ekonomi ditangani dengan sebaiknya, biarpun tidak sepenuhnya.

Kejayaan Ismal Sabri dicemburi Tan Sri Muhyiddin Yasin yang kemudiannya mengiystiharkan UMNO sebagai musuh utama. Lalu ditabur fitnah kononnya kerajaan pimpinan Ismail Sabri gagal pulihkan ekonomi. Lantaran itu dicabar agar pilihan raya umum disegerakan untuk memberi mandat kepada rakyat memilih kerajaan baharu.

Ternyata cabaran agar pilihan raya umum disegerakan itu hanya lakonan untuk mengelirukan rakyat. Apabila ada ura-ura pilihan raya umum akan disegerakan, lalu Muhyiddin menyuruh agar menteri dari Perikatan Nasional (PN) mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan pembubaran Dewan Rakyat.

Langkah itu rupanya menjadikan keadaan sebaliknya. Yang di-Pertuan Agong, menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa negara dan tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan bagi pembubaran Dewan Rakyat bagi memberi mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu.

Mampukah BN kembali berkuasa selepas PRU-15? Berdasarkan kepada kebangkitan yang berterusan dan melihat kejayaan pemimpin dari UMNO yang berjaya mengemudi negara dalam keadaan gelora dan badai besar, keyakinan rakyat kepada BN nampak positif.

Mampukah BN bangkit PRU-15?

No comments:

Post a Comment